BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Teknologi

Rahsia Disebalik Router Unifi D-Link DIR-842

Azhan
Azhan
12 April 20204 min read
Rahsia Disebalik Router Unifi D-Link DIR-842

Kalau anda gunakan servis Unifi untuk Internet, berkemungkinan besar anda sedang menggunakan router D-Link DIR-842 seperti dalam gambar ini ataupun yang jenis tong sampah.

Kalau anda kalih tengok dekat bahagian belakang, satu port USB-A. Ini adalah port untuk fungsi SharePort yang ada pada produk D-Link. Jenama lain pun ada, cuma nama komersialnya mestilah lain.

Asasnya, SharePort ini adalah fungsi Server Message Block (SMB) atapun dipanggil “SAMBA”, protokol perkongsian interkomputer yang wujud sejak 1992 lagi. Dengan SAMBA, komputer A boleh mengkases fail, dalam rangkaian yang sama, terus daripada komputer B tanpa perlukan perantara.

Aktifkan SAMBA di Router

Cucuk medium storan yang ingin digunakan. Paling mudah adalah pemacu kilat yang sudah tak anda gunakan lagi dan diformat dalam bentuk FAT32.

Di telefon (pastikan ia bersambung dengan Wi-Fi), lancarkan Browser. Masukkan alamat IP router DIR-842 dalam ruangan URL. Tetapan default untuk router ini adalah http://192.168.0.1. Ia akan membawa anda ke portal tetapan router DIR-842.

Sekiranya anda mengakses DIR-842 menggunakan telefon ataupun peranti mudah alih, router akan memaparkan portal versi mobile, jadi anda perlu arahkan browser untuk akses portal versi desktop.

Kemudian, dekat dashboard atas, cari pilihan Setting. Satu menu drop-down akan keluar, kemudian cari pilihan SharePort dan tekan.

Di halaman tetapan SharePort, Enable-kan fungsi SharePort.

Ada beberapa perkara optional yang boleh anda lakukan seperti:

  • tetapkan kata laluan untuk akses storan SharePort.
  • wujudkan sehingga 9 pengguna dengan kata laluan peribadi untuk mengakses storan SharePort.

Cara gunakan SAMBA

Samba kini digunakan di hampir semua platform. Bezanya adalah pada cara untuk menaksesnya. Anda cuma perlu masukkan alamat IP router tadi (192.168.0.1).

Contoh APP yang menyokong SMB di Android
  • Di Android, anda boleh gunakan APP Cx File Explorer.
  • Di iOS, anda boleh gunakan FE File Explorer.
  • MAC & Windows, mereka ada explorer terbina dan sedia mengakses SMB.

Telefon, laptop, desktop, malah TV pintar pun boleh akses fail yang sama.

TAGS:tipsunifi

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

17 November 2025

SSD Kingston Fury G5 8TB kini di Malaysia

SSD PCIe 5.0 NVMe Kingston Fury Renegade G5 kini ditawarkan dalam kapasiti 8TB. Ia adalah kapasiti storan kategori…

Read More
7 November 2025

Kalkulator saiz TV, resolusi skrin & jarak tontonan

Bila nak beli TV atau monitor komputer, pastinya anda cari yang paling banyak pikselnya sama ada HD, FHD,…

Read More
24 Julai 2025

Kingston IronKey D500S thumbdrive khas untuk Donald Trump

Kalau nak simpan data sensitif, Kingston ada satu produk ini yang ada dalam kelasnya yang tersendiri. Ia adalah…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.