BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Kingston IronKey D500S thumbdrive khas untuk Donald Trump

Hanif Azrai
Hanif Azrai
24 Julai 20253 min read
Kingston IronKey D500S thumbdrive khas untuk Donald Trump

Kalau nak simpan data sensitif, Kingston ada satu produk ini yang ada dalam kelasnya yang tersendiri. Ia adalah Kingston IronKey D500S, pemacu kilat pertama dunia dan satu-satunya buat masa ini yang melepasi penawaran FIPS 140-3 Level 3, patuhi perjanjian TAA, dan komponennya 100% “halal A.S”. Ya, ia mampu simpan dokumen rahsia kerajaan dengan selamat.

Apa dia FIPS 140-3 dan kenapa perlu ada?

FIPS 140-3 adalah piawaian ketat penyulitan kerajaan Amerika Syarikat. Tahap tiga untuk FIPS 140 bermakna ia bukan setakat menyulitkan kandungan data dalamnya, ia juga mustahil ditembusi secara fizikal tanpa merosakkan keseluruhan storan. Jika berlaku sebarang gangguan, ia mampu lakukan pemadaman kendiri.

Kingston IronKey D500S

Selain FIPS 140-3 apa yang bezakan pemacu kilat ini dengan yang lain adalah:

  • Ia direka cipta dan dipasang di California
  • Semua komponen kritikal seperti cip penyulitan, unit memori, dan firmware didapatkan daripada pembekal yang patuhi perjanjian TAA.
  • Proses pemasangan dikawal rapi oleh kilang Kingston di A.S
Kingston IronKey D500S

Ciri keselamatan dalam Kingston D500S

  • Penyulitan tahap perkakasan XTS-AES 256-bit
  • Ciri kata laluan untuk Admin dan User
  • Storan ada partition, hanya Admin boleh akses ruangan rahsia dengan kata laluan yang betul
  • Mode Crypto-Erase yang akan kosongkan data secara automatik dengan kata laluan tertentu
  • Mode Global Read-Only hanya benarkan data dibaca, tak boleh ditulis untuk elak jangkitan malware
  • Badan diperbuat daripada zink keras, kalis debu/air IP67, dan penuhi piawaian tentera
Kingston IronKey D500S

Jadi, orang yang sesuai guna Kingston D500S pastinya yang nak simpan data sensitif. Contohnya, agensi kerajaan yang ada maklumat Top Secret. Donald Trump pun boleh simpan data-data rahsinya tanpa risau kena godam.

Kingston IronKey D500S

Harga Kingston IronKey D500S di Malaysia

Kingston IronKey D500S ditawar dalam pelbagai luas storan pada harga bermula RM488. Berikut adalah harganya:

  • 16GB – RM488
  • 32GB – RM628
  • 64GB – RM808
  • 128GB – RM1028
  • 256GB – RM1,468
  • 512GB – RM1,718
TAGS:kingston

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.