BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Kalkulator saiz TV, resolusi skrin & jarak tontonan

Hanif Azrai
Hanif Azrai
7 November 20254 min read
Kalkulator saiz TV, resolusi skrin & jarak tontonan

Bila nak beli TV atau monitor komputer, pastinya anda cari yang paling banyak pikselnya sama ada HD, FHD, TV 4K, ataupun 8K. Tapi adakah lebih tinggi resolusi paparan adalah lebih baik? Satu kajian bersama antara penyelidik Cambridge University dan Meta ada dapatan baharu yang menarik tentang kaitan resolusi dengan saiz tv.

Kalkulator saiz TV, resolusi skrin & jarak tontonan

Mereka dapati yang mata manusia adalah lebih sensitif daripada yang dijangka. Untuk lebih khusus, mata manusia mampu untuk kesan setiap butir piksel pada kepadatan sehingga 94 piksel per darjah (ppd). Ia lebih tinggi berbanding yang didakwa Apple dalam teknologi “retina display” iaitu 60 ppd. Kajian turut laporkan yang ketajamaan penglihatan adalah paling tinggi di bahagian tengah sudut pandang dan semakin hilang butiran apabila menjauhi titik tengah.

Jadi apa maknanya kajian ini dalam pemilihan TV dan monitor komputer?

Kajian ini memberitahu bahawa walaupun anda ada paparan 8K, takkan berikan perbezaan dengan paparan 4K sekiranya dilihat dalam jarak yang optimum. Untuk mengoptimumkan pengalaman menonton, tiga pembolehubah yang perlu anda pertimbangkan adalah resolusi, saiz paparan dan jarak. Berikut adalah panduan ringkas untuk paparan 4K.

  • Untuk 4K 43”, jarak optimum tontonan adalah 1.3 meter.
  • Untuk 4K 55”, jarak optimum tontonan adalah 1.6 meter.
  • Untuk 4K 65”, jarak optimum tontonan adalah 1.9 meter.
  • Untuk 4K 85”, jarak optimum tontonan adalah 2.5 meter.

Jarak puratan sofa daripada TV dalam isi rumah Malaysia adalah antara 2.5m hingga 3m yang bermakna saiz paling ekonomi adalah 65”. Saiz yang lebih besar hanya buatkan anda nampak butiran piksel yang cacatkan pengalaman menonton kecualilah anda beli TV 8K.

Rajah di bawah menunjukkan jarak optimum menonton berdasarkan resolusi dan saiz paparan mengikut kajian yang dijalankan penyelidik Cambridge University dan Meta

Ada beberapa saranan TV pada harga promo yang boleh anda usyar seperti di bawah.

TV 4K Bajet (2025)

  • Samsung DU8000
  • LG UT8000
  • Hisense A6500N

TV 4K Midrange (2025)

  • Samsung Q80D
  • LG C5
  • Sony X90L

TV 4K Bajet High-end (2025)

  • Samsung QN95D
  • LG QNED92
  • Hisense U8N

*senarai TV dengan skor tinggi di rtings.com

Anda boleh baca lebih dalam kertas kajian bertajuk “Resolution limit of the eye — how many pixels can we see?” di laman rasmi Cambridge University.

TAGS:teknologi

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.