BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Teknologi

Kenali CPU Anda: Beza Core i3, i5, i7 & i9 (Intel variant)

Harimau
Harimau
13 Ogos 20193 min read
Kenali CPU Anda: Beza Core i3, i5, i7 & i9 (Intel variant)

Kita sering nampak pelakat Intel Core i3, Core i5 atau Core i7 di komputer riba atau desktop komputer. Adakah maksud mereka sama?

Intel Core Ultra Processors: Cara nak kenal & kenapa perlu kenal

Tips pilih CPU laptop 2025: Intel vs. AMD

 Sebenarnya, central processor unit (CPU) dihasilkan dalam beberapa jenis, mengikut keperluan prestasi dan harga. Sebelum dikupas denganlebih mendalam, berikut adalah beberapa istilah penting pada CPU yang penting yang patut anda perlu tahu.

  • Core
  • Clock Speed
  • Threads

Core

Core adalah unit pemproses yang lakukan tugas yang diterima daripada perisian. Perisian pula terima arahan daripada kita sebagai pengguna komputer.

Anda boleh anggap core ialah pekerja yang menetap di dalam pejabat (CPU).

Semakin banyak core, semakin banyak tugasan yang boleh diproses serentak. Biasanya, bilangan unit core ditetapkan dalam nombor genap:

  • 2 core (dwiteras)
  • 4 core (kuadteras)
  • 6 core (heksateras)
  • 8 core (oktateras)

Sebenarnya, itu adalah cara intel menamakan model processor mereka. Mesti anda anggap bahawa semakin tinggi nombor model proceesor tersebut, semakin gah dan laju. Betul, anda tidak salah. Namun demikian, semakin tinggi model processor, semakin tinggi harganya kerana spesifikasi di setiap model processor adalah berlainan. Patutkah kita menghabiskan duit jika tidak menggunakan potensi processor sepenuhnya?

Saya telah senaraikan apa jenis “task” yang boleh dilakukan oleh processor mengikut model masing-masing.

Core i3 untuk PC entry level

Untuk Desktop : Bilangan minimum Core : 4
Untuk Laptop : Bilangan minimum Core : 2

  • Sesuai untuk Web Browsing
  • Membuat kerja mengunakkan perisian “Microsoft Word”
  • Main game yang ringan
  • Layan Movie
  • Mendengar lagu

Core i5 untuk PC mid-range

Untuk Desktop : Bilangan minimum Core : 6
Untuk Laptop : Bilangan minimum Core : 4

  • Rendering video-video yang telah di-edit secara ringan
  • Boleh main Triple A game (Contoh Battlefield , Call of Duty , DotA 2 etc)
  • Multitasking yang berat.
  • Emulation

Core i7 untuk PC high-end

Untuk Desktop : Bilangan minimum Core : 6
Untuk Laptop : Bilangan minimum Core : 2~6

  • Rendering video yang berat (4k , effect-effect yang tinggi)
  • Sesuai untuk 3D rendering, art designer
  • Boleh melakukan multi-tasking yang lebih berat dalam waktu yang sama seperti
  • endering video sambil web browsing atau main game.

Core i9 untuk PC pro

Sedikit info : Core i9 merupakan model processor yang tertinggi.dalam intel family line
Untuk Desktop : Bilangan minimum Core : 8
Untuk Laptop : Bilangan minimum Core : 6

  • Rendering video yang berat (4k , effect-effect yang tinggi)
  • Real time 3D model rendering
  • Main game dalam “Setting” yang tertinggi (ultra)
  • Berkebolehan multi-tasking yang banyak

Kesimpulan

Jika anda ingin membeli laptop atau desktop baharu, pastikan apa tujuan yang ingin dilakukan terhadap sistem tersebut. Apa gunanya kalau membeli processor yang padu tapi tidak menggunakan potensi yang sepenuhnya? Pilihan di tangan kamu.

Anda boleh layari laman rasmi Intel untuk maklumat lanjut.

TAGS:intel

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

17 November 2025

SSD Kingston Fury G5 8TB kini di Malaysia

SSD PCIe 5.0 NVMe Kingston Fury Renegade G5 kini ditawarkan dalam kapasiti 8TB. Ia adalah kapasiti storan kategori…

Read More
7 November 2025

Kalkulator saiz TV, resolusi skrin & jarak tontonan

Bila nak beli TV atau monitor komputer, pastinya anda cari yang paling banyak pikselnya sama ada HD, FHD,…

Read More
24 Julai 2025

Kingston IronKey D500S thumbdrive khas untuk Donald Trump

Kalau nak simpan data sensitif, Kingston ada satu produk ini yang ada dalam kelasnya yang tersendiri. Ia adalah…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.