Akhirnya yang tidak ditunggu dah tiba. Pihak yang menyelenggara jalan sekitar Genting Highlands iaitu Lingkaran Cekap Sdn. Bhd. (LCSB) telah mengumumkan yang kutipan tol Genting Highlands akan bermula pada 28 Mei 2026. Berikut adalah kadar tol yang dikenakan:
- Kelas 1: Kereta / Van – RM5.00
- Kelas 2: Lori Sederhana – RM15.00
- Kelas 3: Lori Besar – RM25.00
- Kelas 4: Teksi – RM3.30
- Kelas 5: Bas – RM5.00
Kenderaan yang dikecualikan daripada bayaran tol
LCSB juga senaraikan kenderaan yang dikecualikan daripada bayaran tol. Dua kelas kenderaan yang dikecualikan dan tak perlu berdaftar adalah kenderaan kecemasan seperti ambulans dan juga motosikal.
Kenderaan persendirian milik kakitangan awam yang bekerja di Genting Highlands juga ada yang dikecualikan, tapi perlu berdaftar. Sila ambil maklum untuk yang bekerja untuk institusi berikut:
- SK Sri Layang
- SMK Sri Layang
- Institut Aminuddin Baki
- Balai Polis Genting Highlands
- Balai Polis Gohtong Jaya
- Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands
- Klinik Desa Sri Layang
- Pejabat Daerah Kecil Genting Highlands
- Pejabat Daerah dan Tanah Benting
- Pejabat Cawangan Majlis Perbandaran Benting (Cawangan Genting Highlands)
- Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang (Cawangan Genting Highlands).
Kenderaan yang dapat diskaun tol Genting Highlands
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, individu yang bermukim di Genting Highlands layak mendapat diskaun tol ke atas 2 kenderaan Kelas 1 yang berdaftar mengikut peraturan seperti berikut:
Tol kadar istimewa
Penduduk tetap Genting Highlands akan mendapat potongan 10% daripada kadar penuh dan wajib melalui Lorong Khas / Lorong LPR. Sehingga 28 Jun 2026, pendaftaran kadar tol istimewa adalah percuma
Skim pas bermusim
LCSB juga perkenalkan pas bermusim bertempoh sah 6 bulan untuk kemasukan percuma tanpa had sepanjang tempoh aktif pas.
Maklumat lanjut boleh didapatkan daripada laman rasmi Lingkaran Cekap Sdn. Bhd.
