BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Lebih 100 juta SSD Kingston A400 Diguna Diseluruh Dunia

Hanif Azrai
Hanif Azrai
24 Mei 20262 min read
Lebih 100 juta SSD Kingston A400 Diguna Diseluruh Dunia

Kingston mereka umumkan pencapaian menarik salah satu produk mereka. Kingston A400 STA SSD kini telah diedarkan lebih 100 juta unit di seluruh dunia sejak diperkenalkan dalam 2017. Ia lantas meletakkan produk ini salah satu SSD mampu milik yang jadi pilhan pengguna.

Objektif Kingston A400 adalah untuk jadi pengganti kepada pemacu keras (HDD) tradisional di komputer. Ia tawarkan naik taraf prestasi untuk tugasan pengkomputeran harian. Produk ini hadir dalam format SATA 2.5” dan sesuai digunakan untuk majoriti laptop dan dekstop yang sokong piawaian SATA.

Pada segi prestasi, A400 mampu tawarkan kelajuan baca sehingga 500MB/s dan kelajuan tulis sehingga 450MB/s, bergantung kepada kapasiti dan konfigurasi sistem. Walaupun tidaklah selaju SSD piawaian NVMe, tapi ia adalah naik taraf signifikan berbanding HDD SATA mekanikal kerana bukan saja prestasi, ia juga lebih utuh kerana tiada komponen mekanikal yang bergerak.

Hasilnya, Kingston A400 banyak dimasukkan dalam senarai naik taraf komponen laptop dan desktop kerana ia seimbangkan kos dan prestasi disamping cakupan sokongan komprehensif daripada Kingston. Pengguna ada akses perisian berkaitan storan seperti cloning yang mudahkan perpindahan data dilakukan.

Yakin terhadap produk sendiri, Kingston melindungi produk ini dengan jaminan terhad selama 3 tahun dan buat pengetahuan pengguna, A400 kalis hentak dan gegaran dan diuji untuk lakukan tulis dan baca melepasa 80TB (model 240GB).

Buat pengguna yang masih gunakan HDD jenis mekanikal, berhijrahlah kepada Kingston A400 untuk rasai perbezaan proses komputer yang signifikan. Layari laman rasmi Kingston A400 untuk maklumat lanjut.

TAGS:kingston

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.