BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Reviu

Review : HiFiMAN HE-4XX : Salah satu headphone “planar” yang murah

Harimau
Harimau
20 Ogos 20193 min read
Review : HiFiMAN HE-4XX : Salah satu headphone “planar” yang murah

HiFiMAN merupakan jenama yang  menghasilkan produk audio seperti headphone, amplifier dan portable audio players (DAP). HiFiMAN juga dikenali kerana menghasilkan alatan audio yang high-end.
Kali ini  saya akan mengulas tentang  salah satu model headphone HiFiMAN iaitu model HE-4XX. Model ini merupakan keluaran Drop.com. Boleh juga dikatakan headphone ini ‘custom made’ oleh Drop.com . Yang menarik tentang headphone ini ialah teknologi Planar Magnetic telah digunakan sebagai penghasil bunyi. Headphone yang menggunakan teknologi tersebut biasanya berharga pada kadar premium. Bagi keluaran Drop.com pula, harganya tidak semahal seperti kita sangkakan.

Apa itu Planar Magnetic?

Planar Magnetic merupakan driver (speaker). Fungsinya sama seperti Dynamic Driver. Bezanya,
Planar Magnetic mencampurkan beberapa prinsip operasi antara Dynamic Driver dan Electrostatic. Dalam persediaan Planar Magnetic, bahagian yang sebenarnya menghasilkan bunyi adalah bahan nipis, fleksibel elektrostatik diapit antara lapisan luar mekanisme. Tetapi seperti Dynamic Driver, diafragma mengandungi wayar yang sangat nipis dengan arus elektrik yang mengalir melaluinya, yang mengawal getaran belakang dan luarannya.

Spesifikasi

  • Open principle / Open-back (Prinsip terbuka)
  • Planar magnetic drivers
  • Julat Frekuensi Gerak Balas: 20 Hz–35 kHz
  • Sensitiviti: 93 dB
  • Impedans: 35 ohms
  • Kabel: 4.9 ft (1.5 m), removable
  • Plug: ¼ in (6.35 mm)
  • Berat: 370 g
Kabel audio boleh ditanggalkan. Jika ada masalah, anda boleh gantikan ia dengan senang.
Malangnya, tiada akesesori yang disediakan oleh HiFiMAN.

Kualiti Bunyi

HE-4XX menghasilkan bunyi jenis fun. Neutrality di headphone ini bukan merupakan fokus utama. Bunyi dihasilkan juga agak warm (suam).

Soundstage

Disebabkan headphone ini menggunakan prinsip Open-back, soundstage di headphone ini sangat-sangat luas. Boleh dikatakan seperti anda berada di live concert. Imaging yang dihasilkan juga sangat bagus.
*imaging merupkan terma untuk merujuk instrumen/vokal yang dimainkan dari arah mana

LOW

Teknologi Planar Magnetic salah satu driver yang menghasilkan Low-end yang bagus. Sub-bass yang dihasilkan berderam-derum di telinga. Low-end di headphone ini dikawal dengan baik. Instrumen seperti Drum menghasilkan kick yang baik.

MID

Dengar suara vokalis di mid-range sangat warm dan lembut. Butiran suara sangat-sangat ok. Pengasingan vokal antara instrumen sangat bagus.

HIGH

High atau treble dihasilkan tidaklah menyakiti telinga sebaliknya lebih lembut. Butiran-butiran instrumen ada namun bukan yang terbaik, mungkin hampir “terbaik”. Tidaklah kasar dan juga tidak jemu mendengar lama. Treble di headphone ini memang terbaik buat saya.

Kesimpulan

Keseluruhan, headphone ini merupakan pembelian yang terbaik buat saya. Sebagai seorang yang ingin mencuba teknologi baru iaiti Planar Magnetic, saya cadangkan untuk anda memilih headphone ini sebagai permulaan.

Link : HiFiMAN HE-4XX
TAGS:Audio

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

17 Disember 2025

Rapoo 8000M kombo murah bawah RM100, sokong Bluetooth dan 2.4GHz | Reviu

Saya ada beli Logitech MK240 Nano waktu PKP dulu sebab kena WFH. Agak lama ia bertahan. Tapi tahun…

Read More
12 November 2025

[Reviu] ESSGOO 7”: Kaedah Murah Wireless CarPlay & Android Auto

Ini cara murah untuk kereta anda ada Apple Carplay dan Android Auto. Ia adalah paparan portable ESSGOO 7”…

Read More
9 September 2025

Pemutar Skru IKEA TRIXIG: Alat DIY Bajet Terbaik?

Kalau anda nampakspower tool harga bawah RM60, anda mesti terbayang produk murah dan mudah rosak. Namun, anda kena…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.