BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Reviu

QKZ VK4 IEM Review – Raja Bajet

Harimau
Harimau
25 Jun 20213 min read
QKZ VK4 IEM Review – Raja Bajet

Tidak hairan lagi kebanyakkan produk Chi-Fi prestasinya telah melepasi jenama-jenama yang besar seperti Campfire, Sennheiser dan lain-lain. Dalam kategori bajet IEM, saya mendapati ramai tidak tahu kewujudan QKZ Vk4.

Bila ditanya “boleh recommend saya bajet IEM yang padu2″?, sudah pasti jawapannya “Kau try lah KZ ZSN, KZ ZS10”. Saya sudah mencuba beberapa model KZ dan mendapati dari segi tuning, mereka tidak setanding langsung dengan QKZ Vk4. Mungkin dari segi teknikal model KZ lebih bagus sedikit.

Sebenarnya, QKZ dan KZ merupakan syarikat yang sama tetapi saya tidak pasti apa motif adakan jenama yang berlainan.

Review

QKZ Vk4

Bidang teknikal

Tiada apa yang istimewa untuk diceritakan. Dari segi resolusi bunyi, hanyalah biasa seperti tipikal brand-brand yang lain. Soundstage lebih kepada 2D, width sangat luas tapi height dia agak rendah. Imaging dan sound seperation, sangat biasa. Kebolehan detail retrieval juga biasa. Mungkin disebabkan kebolehan driver.

Bunyi

Kenapa ini merupakan Raja Bajet? Perbandingan ini antara IEM Blessing 2 Dusk yang berharga RM1349. Jika anda lihat Graf Frekuensi di bawah, tuning VK4 dan Blessing 2 Dusk agak setanding. Boleh dikatakan hampir serupa.

Blessing 2 Dusk | QKZ VK4

Bass

Dari segi Bass, VK4 menghasilkan bass yang banyak. Walaupun bass-nya tinggi, ia tidak bertindih dengan bahagian yang lain. Kualiti bass yang dihasilkan bagus. Bak kata pepatah orang putih “Quality over Quantity“. Bass di VK4 memang ada makna. Anda boleh rasa ia agak boomy. Sub-bass memang terbaik.

Mids

Tuning di bahagian ini memang terbaik, Tuning VK4 ini hanyalah didapati dikalangan IEM atau headphone yang berharga bangsawan, contoh Blessing 2 Dusk. Walaupun instrument seperation (disebabkan kebolehan driver) agak teruk, namun demikian bunyi instrument tidak ditindih sesama meraka. Tuning yang warm dan pada masa yang sama bunyi yang dihasilkan sungguh lembut. Sangat payah hendak mencari bajet IEM tuning seperti VK4.

Highs

Bagi saya, tuning di sini cukup-cukup untuk citarasa saya. Memang sparkle. Agak bingit di bahagian 8k jika lagu banyak menggunakan bunyi cymbal. Kuantiti di high sangat seimbang.

3

Konklusi

Saya sangat syorkan pembelian QKZ VK4. Jika anda peminat bass tapi masih ingin bunyi yang seimbang, QKZ VK4 merupakan IEM terbaik di dalam kategori bajet. Tambahan lagi, tuning-nya sangat padu dan setanding dengan IEM bangsawan yang lain.

Harga : RM43

TAGS:Audio

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

17 Disember 2025

Rapoo 8000M kombo murah bawah RM100, sokong Bluetooth dan 2.4GHz | Reviu

Saya ada beli Logitech MK240 Nano waktu PKP dulu sebab kena WFH. Agak lama ia bertahan. Tapi tahun…

Read More
12 November 2025

[Reviu] ESSGOO 7”: Kaedah Murah Wireless CarPlay & Android Auto

Ini cara murah untuk kereta anda ada Apple Carplay dan Android Auto. Ia adalah paparan portable ESSGOO 7”…

Read More
9 September 2025

Pemutar Skru IKEA TRIXIG: Alat DIY Bajet Terbaik?

Kalau anda nampakspower tool harga bawah RM60, anda mesti terbayang produk murah dan mudah rosak. Namun, anda kena…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.