BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Reviu

IEM : FiiO F5 warm sounding Review

Harimau
Harimau
29 Disember 20193 min read
IEM : FiiO F5 warm sounding Review

Di sini saya memiliki sebiji IEM (in-ear monitor) ataupun earphone yang merupakan pengeluaran syarikat China berjenama FiiO. Sebenarnya, FiiO F5 telah lama dimiliki saya cuma kali ini baru teringat untuk review. Tidak salah saya sudah lebih 2 tahun sejak hari dibeli oleh saya. Oleh itu, rasanya sudah sampai masanya untuk saya memberi beberapa pendapat terhadap IEM tersebut.
Seperti biasa, IEM ini merupakan salah satu bajet IEM dan tahap kualitinya sangatlah baik. Seluruh IEM ini diperbuat daripada aluminium.

Spesifikasi

  • Impedance: 32Ω
  • Driver size: 13.6mm
  • Frequency response: 20 Hz ~ 40 kHz
  • Sensitivity: 102 dB/mW
  • Cable length: 120cm
  • Cable connections: MMCX
  • Weight (incl. cable): 21g

Aksesori

Sumber : FiiO Official Website
Buat pendengar lagu yang memiliki DAP (Digital Audio Player) atau Amplifier yang alatan audionya mempunyai output ” 2.5mm Jack Balanced”, FiiO juga menyediakan cable “2.5mm Balanced Audio Cable”. Jangan risau, cable standard iaitu “Unbalanced 3.5mm jack” juga disediakan.

Kualiti Bunyi

Walaupun IEM ini merupkana kategori bajet, ia tetap menghasilkan bunyi yang memuaskan. Bunyi yang dihasilkan oleh FiiO F5 memang detail. Detailnya mungkin akan kurang untuk segelintir lagu kerana IEM ini menghasilkan bunyi berjenis suam atau warm sound signature

Soundstage

IEM ini menghasilkan soundstage yang agak luas jugalah dan juga berasa berangin apa-apa sahaja lagu yang dimainkan.

Low

Bass yang dihasilkan agak neutral. Tidak rasa seperti boosted. Bass yang dihasilkan juga agak rumble tetapi bukan tahap seperti subwoofer. Bass-nya juga tidak mengganggu di bahagian Mid frekuensi. Oleh itu, ia tidak akan mengganggu vokal-vokal.
Untuk basshead, bolehlah baca reviu yang saya telah naikkan TFZ IEM.

Mid

Bahagian Mid di IEM ini agak suam. Tidak rasa boosted dan agak natural. Vokal didengari juga jelas. Pembahagian antara Low-end dengan High agak bagus.

High

Treble yang dihasilkan tidak penat didengari. Treble-nya juga sangat lembut dan tidak kasar. Mungkin sesetengah lagu akan menghasilkan treble yang tajam. Namun demikian, keseluruhan bahagian High semua baik.

Kesimpulan

Kalau anda minat bass tetapi tidak overpowered atau boosted, mempunyai mid-range yang suam dan juga high yang lembut dan tidak tajam, FiiO F5 merupakan antara IEM bajet yang bagus!. Dulu saya beli berharga RM299. Kini harganya sedikit rendah.
Harga : RM269
TAGS:Audio

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

17 Disember 2025

Rapoo 8000M kombo murah bawah RM100, sokong Bluetooth dan 2.4GHz | Reviu

Saya ada beli Logitech MK240 Nano waktu PKP dulu sebab kena WFH. Agak lama ia bertahan. Tapi tahun…

Read More
12 November 2025

[Reviu] ESSGOO 7”: Kaedah Murah Wireless CarPlay & Android Auto

Ini cara murah untuk kereta anda ada Apple Carplay dan Android Auto. Ia adalah paparan portable ESSGOO 7”…

Read More
9 September 2025

Pemutar Skru IKEA TRIXIG: Alat DIY Bajet Terbaik?

Kalau anda nampakspower tool harga bawah RM60, anda mesti terbayang produk murah dan mudah rosak. Namun, anda kena…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.