BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
DIY

Ganti Lampu Kabin Honda Jazz Dengan Bulb LED

Harimau
Harimau
9 Ogos 20192 min read
Ganti Lampu Kabin Honda Jazz Dengan Bulb LED
Dalam kereta anda, biasanya di antara tempat duduk belakang dan depan, akan ada lampu kabin. Ia digunakan untuk tunjukkan jika pintu tak tutup dengan rapat atapun bantu orang di dalam kereta lihat dalam gelap.
Tapi lampu kabin stock adalah daripada jenis bulb berfilamen. Saya ingin tukarkannya kepada LED atas beberapa sebab.
Kelebihan menggunakan LED:
  • Tidak panas berbanding bulb berfilamen jika dipasang lama.
  • Murah, 3 unit saya beli pada harga RM8 di Shopee.
  • LED gunakan tenaga yang kurang, jadi ia mesra bater
Ini adalah cara-cara untuk gantikan lampu itu.
Membuka penutup lampu kabin adalah mudah. Ia tidak menggunakan sebarang skru, sebaliknya klip plastik. Anda sepatutnya boleh nampaknya dari luar klip itu. Ambil pembuka skru muncung tirus dan umpil penutup di tempat seperti anak panah.
Di salah satu bahagian pemegang bulb, akan ada seperti sendal yang boleh lentur. Anda boleh tolak sendal itu untuk lepaskan salah satu kaki bulb.
Setelah tarik keluar, anda boleh gantikannya dengan lampu LED.
Uji lampu LED sebelum pasang penutupnya.

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 September 2025

Pemutar Skru IKEA TRIXIG: Alat DIY Bajet Terbaik?

Kalau anda nampakspower tool harga bawah RM60, anda mesti terbayang produk murah dan mudah rosak. Namun, anda kena…

Read More
23 Oktober 2024

DIY Step-by-Step: Cara Mudah Service Mesin Macam Coway/Cuckoo

Dah cukup masa, mari tengok saya tukar filter penapis air sejuk/panas macam Coway/Cuckoo. Sebarang cadangan atau tambah baik,…

Read More
23 Januari 2021

Servis penapis udara Sharp Plasmacluster FP30LH

Tak susah pun nak servis penapis udara jenama Sharp Plasmacluster FP30LH ini. Cuma buka 5 skru di bahagian…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.