BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Zakat Fitrah 2026: Kadar Setiap Negeri & Cara Bayar Online

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Author

26 Februari 202610 min read
Zakat Fitrah 2026: Kadar Setiap Negeri & Cara Bayar Online

Kadar zakat fitrah untuk tahun Hijrah 1447 ataupun 2026 telahpun diumumkan pihak-pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri di Malaysia. Bergantung kepada negeri tempat anda bermustautin, kadarnya mungkin berbeza dan variasinya lebih banyak berbanding tahun sudah.

  • Perbandingan Kadar Zakat Fitrah 2025 vs 2026: Negeri Mana Naik?
  • Saluran pembayaran Zakat Fitrah seluruh negeri Malaysia
    • Perlis
      • Kedah
        • Perak
          • Pulau Pinang
            • Wilayah Persekutuan & Selangor
              • Negeri Sembilan
                • Melaka
                  • Johor
                    • Pahang
                      • Terengganu
                        • Kelantan
                          • Sabah
                            • Sarawak

                            Perbandingan Kadar Zakat Fitrah 2025 vs 2026: Negeri Mana Naik?

                            Jika dibandingkan antara 1446H (2025) dan 1447H (2026), beberapa negeri mencatatkan kenaikan ibadah kadar zakat fitrah minimum, manakala sebahagian lagi kekal sama.

                            Bagi tahun 2026, negeri yang mencatatkan kenaikan RM1 ialah Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan (termasuk Putrajaya) dan Pahang, menjadikan kadar minimum mereka RM8.00 berbanding RM7.00 pada tahun sebelumnya (kecuali Melaka yang naik daripada RM7.00 ke RM8.00).

                            Dua negeri mencatatkan kenaikan paling ketara iaitu RM2, iaitu Kedah (RM7.00 → RM9.00) dan Kelantan (RM8.00 → RM10.00).

                            Sementara itu, beberapa negeri tidak mengalami sebarang perubahan, termasuk Johor (RM8.00), Negeri Sembilan (RM7.50), Perlis (RM9.00), Pulau Pinang (RM10.00), Perak (RM10.00), Terengganu (RM10.00), Sabah (RM7.50) dan Sarawak (RM7.50).

                            Secara keseluruhan, trend 2026 menunjukkan lebih banyak negeri berada dalam julat RM8 hingga RM10, selari dengan harga beras semasa yang menjadi asas penetapan kadar zakat fitrah di setiap negeri.

                            Buat anda yang membayar cukai pendapatan, jangan lupa bahawa Zakat Fitrah layak menerima rebat cukai.

                            Saluran pembayaran Zakat Fitrah seluruh negeri Malaysia

                            Perlis

                            Hal ehwal zakat bagi negeri Perlis berada di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlu. Untuk tahun 2026, zakat fitrah negeri Perlis telah ditetapkan pada kadar RM9 seorang.

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Perlis

                            • Portal MAIPs Online Zakat Payment.
                            • Bank Islam di 090 100 100 552 90 dan hantar resit pembayaran ke korporat@maips.gov.my.
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Baitulmal Negeri Perlis.
                            • Maybank MAE dengan nama payee Baitulmal Negeri Perlis.
                            • CIMB Bank dengan nama payee Zakat Negeri Perlis.

                            Kedah

                            Hal-hal zakat negeri Kedah dikendalikan oleh Lembaga Zakat Negeri Selangor. Pada tahun 2026, zakat fitrah negeri Kedah telah ditetapkan seperti berikut:

                            • RM9.00 untuk beras tempatan
                            • RM15.00 untuk beras import
                            • RM23.00 untuk beras basmathi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Kedah

                            • Portal JomZakat kelolaan Lembaga Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
                            • Maybank MAE dengan nama payee Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
                            • CIMB Bank dengan nama payee Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

                            Perak

                            Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak adalah pihak yang bertangunggjawab ke atas hal zakat fitrah di negeri Perak. Kadar untuk tahun 2026 telah mereka umumkan seperti berikut:

                            • RM10.00 beras tempatan
                            • RM16.00 beras import
                            • RM25.00 beras basmathi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Perak

                            • Portal eZakat Payment kelolaan MAIAMP
                            • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam Perak.
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Majlis Agama Islam Perak.
                            • CIMB Bank dengan nama payee Zakat Negeri Perak.

                            Pulau Pinang

                            Hal zakat fitrah negeri Pulau Pinang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Untuk tahun 2026, kadar zakat fitrah untuk negeri itu diumumkan pada kadar:

                            • RM10 beras import
                            • RM15 beras perang
                            • RM25 beras basmathi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Pulau Pinang

                            • Portal ZakatPenang2U.com kelolaan Zakat Pulau Pinang
                            • JomPAY menggunakan kod biller 1453.
                            • Maybank MAE dengan nama payee Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
                            • Secara dalam talian melalui bank-bank utama, Maybank, CIMB, AffinBank, AmBank, BankRakyat, RHB Bank, BSN.
                            • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Urus Zakat Pulau Pinang.

                            Wilayah Persekutuan & Selangor

                            Zakat Fitrah untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan dikendalikan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Kadar untuk tahun 2026 adalah:

                            • RM8.00 beras tempatan
                            • RM15.00 beras wangi
                            • RM25.00 beras basmathi

                            Untuk Lembaga Zakat Selangor, kadar tahun 2026 zakat fitrah negeri itu adalah:

                            • RM8.00 beras tempatan
                            • RM16.00 beras wangi
                            • RM25.00 beras basmathi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah untuk Wilayah Persekutuan & Selangor

                            • Portal Zakat2U kendalian Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
                            • Portal Zakat Selangor
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP.
                            • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP.
                            • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Zakat Wilayah.
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Lembaga Zakat Selangor.
                            • Maybank MAE dengan nama payee Lembaga Zakat Selangor.
                            • CIMB Bank dengan nama payee Lembaga Zakat Selangor (LZS).

                            Negeri Sembilan

                            Pengurusan zakat fitrah Negeri Sembilan adalah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Untuk tahun ini, kadar zakat fitrah negeri itu telah ditetapkan seperti berikut:

                            • RM7.50 beras tempatan
                            • RM12.00 beras import
                            • RM20.00 beras basmathi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Negeri Sembilan

                            • Portal zakatns2u kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
                            • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Sembilan – Zakat.
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Sembilan – Zakat.
                            • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

                            Melaka

                            Zakat Melaka Sdn. Bhd. adalah pihak yang diberi amanah untuk kutip zakat fitrah bagi pihak Majlis Agama Islam Melaka. Untuk tahun 2026, zakat fitrah negeri Melaka ditetapkan pada:

                            • RM8 beras tempatan
                            • RM15 beras import
                            • RM22 beras basmathi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Melaka

                            • Portal MelakaPay kelokaan kerajaan negeri Melaka
                            • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Zakat Melaka.
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Zakat Melaka.
                            • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Zakat Melaka.

                            Johor

                            Pungutan zakat untuk negeri Johor diuruskan oleh Majis Agama Islam Johor. Zakat fitrah negeri itu untuk tahun 2026 ditetapkan seperti berikut:

                            • RM8.00 beras tempatan
                            • RM10.00 beras import
                            • RM20.00 beras basmathi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Johor

                            • Portal epayment kelolaan Majlis Agama Islam Johor
                            • Portal Fitrah kelolaan Majlis Agama Islam Johor
                            • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Johor.
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Majlis Agama Islam Negeri Johor.
                            • Secara dalam talian melalui bank-bank utama, Maybank, CIMB, AffinBank, AmBank, BankRakyat, RHB Bank, BSN.

                            Pahang

                            Pusat Zakat Pahang adalah anak syarikat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan mereka ditugaskan untuk mengendalikan perihal zakat di negeri Pahang. Kadar zakat fitrah untuk tahun 2026 bagi negeri itu adalah:

                            • RM8.00 beras putih tempatan
                            • RM14.00 beras import
                            • RM21.00 beras basmathi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Pahang

                            • Portal ebayt kelolaan Majlis Ugama Islam Pahang.
                            • Portal Pusat Kutipan Zakat Pahang
                            • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Kutipan Zakat Pahang
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Kutipan Zakat Pahang
                            • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang

                            Terengganu

                            Zakat Fitrah untuk negeri Terengganu dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu. Zakat Fitrah Terengganu bagi tahun 2026 adalah:

                            • RM10 minimum
                            • RM20 beras basmathi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Terengganu

                            • Portal ezakat kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
                            • Maybank MAE dengan nama payee MAIDAM Terengganu (Zakat)
                            • Maybank2u.com dengan nama payee MAIDAM Terengganu (Zakat)
                            • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu

                            Kelantan

                            Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas urusan zakat fitrah negeri itu. Kadarnya untuk tahun 2026 seperti yang diumumkan adalah:

                            • RM10 beras tempatan
                            • RM22 beras basmathi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Kelantan

                            • Portal pembayaran dalam talian kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
                            • Maybank MAE dengan nama payee Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
                            • CIMB Bank dengan nama payee Majlis Agama Islam Kelantan

                            Sabah

                            Majlis Ugama Islam Sabah telah menetapkan kadar zakat fitrah untuk negeri di bawah bayu terbahagi kepada dua:

                            • RM7.50 beras putih import
                            • RM15.00 beras wangi

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Sabah

                            • efitrah kendalian MUIS
                            • Maybank MAE dengan nama payee Pusat Zakat Sabah (MUIS)
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Pusat Zakat Sabah (MUIS)
                            • CIMB Bank dengan nama payee Pusat Zakat Sabah (MUIS)

                            Sarawak

                            Sarawak sedikit unik, Majlis Islam Sarawak tidak mengendalikan urusan memungut zakat fitrah sebaliknya ia digalas oleh Tabung Baitulmal Sarawak. Untuk tahun 2026, kadar zakat fitrah telah ditetapkan pada RM7.50.

                            Saluran pembayaran zakat fitrah Sarawak:

                            • Maybank MAE dengan nama payee Tabung Baitulmal Sarawak
                            • Maybank2u.com dengan nama payee Tabung Baitulmal Sarawak
                            • CIMB Bank dengan nama payee Tabung Baitulmal Sarawak
                            Tags
                            #ibadah

                            No comments yet

                            Leave a Reply

                            Continue reading

                            Related Articles

                            9 Mei 2026

                            Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

                            10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…
                            Read More
                            9 Mei 2026

                            Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

                            Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…
                            Read More
                            7 Mei 2026

                            RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

                            RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…
                            Read More
                            BukuNotaBukuNota
                            Connect with us

                            © 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.