BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

WhatsApp uji fungsi chat rahsia lebih selamat

Hanif Azrai
Hanif Azrai
7 April 20252 min read
WhatsApp uji fungsi chat rahsia lebih selamat

WhatsApp dikesan sedang bangunkan ciri Advanced Chat Privacy. Ia berikan kawalan lebih tinggi kepada penggunanya ke atas mesej yang dihantar. Ciri tersebut ditemukan pada aplikasi versi 2.25.10.14 dan ia masih dalam fasa pembangunan dan belum boleh digunakan buat masa ini, tapi penganalisis kod boleh menjangkakan bagaimana cara kerjanya.

Ciri utama Advanced Chat Privacy

  1. Halang chat daripada dieksport
    • Jika salah satu pihak aktifkannya, keseluruhan bebenang sembang tak boleh dieksport keluar. Ia bagi menghalang perbualan sensitif daripada terbocor ke ruang lain.
  2. Halang autosimpan pada media
    • Sama seperti halang chat dieksport, ia juga halang sebarang media daripada dimuat turun secara automatik.
  3. Meta AI tak boleh digunakan
    • Dalam bebenang yang Advaced Chat Privacy aktif, ciri Meta AI tidak boleh digunakan.
  4. Ciri forward mesej masih boleh digunakan
    • Walaupun eksport tidak dibenarkan, forward mesej masih boleh dilakukan.

Lain-lain perkara tentang Advanced Chat Privacy yang perlu anda tahu adalah seperti ia adalah ciri optional iaitu boleh dihidup atau dimatikan pada bila-bila masa untuk sesuatu bebenang mesej. Salah satu pihak aktifkannya menyebabkan ciri teraktif untuk kedua-dua pihak. Sekiranya ciri dinyahaktif, notifikasi akan dihantar dalam bebenang sembang supaya kedua-dua pihak maklum tentangnya.

Buat masa ini, WhatsApp dikatakan tak berhasrat mengenakan halangan untuk pengguna yang ingin lakukan tangkap layar.

Sumber: WeBetaInfo

TAGS:keselamatan

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.