BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Touch ‘n Go Shop dibuka: Charm & kad RFID diskaun hingga 50%

Hanif Azrai
Hanif Azrai
10 Julai 20253 min read
Touch ‘n Go Shop dibuka: Charm & kad RFID diskaun hingga 50%

Touch ‘n Go umumkan mereka telah buka kedai dalam talian mereka sendiri. Touch ‘n Go Shop boleh diakses di laman rasmi mereka. Buat pengetahuan anda, sebelum ini, mereka jual produk seperti charm dan kad RFID menerusi saluran Lazada dan Shopee. Jadi, sekarang anda boleh dapatkan barang-barang collectible terus daripada Touch ‘n Go.

Screenshot

Semua produk Touch ‘n Go bawah satu bumbung

Bila anda perli ke Touch ‘n Go Shop, anda boleh jumpa semua barangan rasmi jualan mereka seperti:

  • kad Touch ‘n Go termasuklah yang jenis LED terbaharu
  • Tag RFID untuk kereta
  • Charm RFID
  • Cenderamata kerjasama mereka dengan artis tempatan

Bagi meraikan pembukaan gedung dalam talian ini, Touch ‘n Go tawarkan diskaun waktu terhad seperti:

  • Diskaun kos penghantaran
  • Rebat istimewa
  • Diskaun sehingga 50% barangan terpilih

Produk Touch ‘n Go yang wajib anda usyar

Janganlah lepaskan peluang untuk sambar barang-barang menarik Touch ‘n Go pada harga istimewa ini. Beberapa barangan menarik untuk anda tengok nanti adalah seperti:

Extendable Charm – siri Foodie Buddies (RM38)

  • Charm NFC berinspirasikan makanan. Bukan saja ia cantik, malah pemegangnya boleh dipanjangkan sehingga 50cm. Lepas ini, mudahlah anda nak bayar tol ataupun parking.

Kad LED dan lanyard Touch ‘n Go x ThatDania LED (bermula RM12)

  • Ini adalah produk hasil kerjasama Touch ‘n Go dengan artis tempatan, ThatDania. Ada dua rekaan boleh anda pilh, sama ada Road Trip in Orange Sunrise ataupun Urban Communte in Pink Sunset. Kad ini boleh didapatkan pada harga RM29 sementara lanyard pada RM12.

Charm NFC edisi Pickleball (RM30)

  • Kaki padel boleh kumpul charm NFC ini. Barulah boleh menifestasikan kecintaan anda pada sukan campuran tenis, ping pong, dan skuasy.

Tag RFID edisi kucing – Tuxedo (RM37)

  • Siri kucing tag RFID ada ahli baharu iaitu kucing yang memakai tuxedo.

Nak dapatkan semua produk ini, berkunjunglah ke shop.touchngo.com.my.

TAGS:touch n go

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.