BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Tol Genting Highlands: Kadar, diskaun & siapa terkecuali

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Author

2 Mei 20263 min read
Tol Genting Highlands: Kadar, diskaun & siapa terkecuali

Tol Genting Highlands bukan perkara baru. Sejak 2023 telahpun isu ini bangkit. Kemudian dalam November 2025 kerja-kerja pembinaan plaza tol dikesan sangat rancak dan pada 1 April 2026, tempoh ujian kutipan tol telah pun dijalankan. Semua pengguna dah cakna tentang maklumat ini kecuali dua iaitu berapa kadar tol dan bila akan dikuatkuasakan.

@nepazrai

Tol Genting Highlands akan Mula beroperasi. #gentinghighlands #fyp

♬ original sound – Anep – Anep

Salah satu maklumat itu mungkin dah ada apabila terdapat gambar yang berlegar di Internet tentang papan tanda kadar tol Genting Highlands.

  • Kadar tol Genting Highlands
  • Kadar istimewa tol Genting Highlands (diskaun 10%)
    • Kenderaan yang dikecualikan bayaran tol
    • Kenderaan yang terima diskaun 10%

Kadar tol Genting Highlands

Sebelum pergi ke kadar tol. Untuk ingatkan ada semula, terdapat dua plaza tol di Genting Highlands yang akan mengutip bayaran. Satu adalah Plaza Tol Goh Tong Jaya yang terletak berhampiran Balai Polis Goh Tong Jaya kalau anda naik daripada Ulu Yam. Satu lagi adalah Plaza Tol Genting Highlands yang terletak sejurus anda naik daripada Genting Sempah.

Kadar Tol Genting Highlands

Bayaran hanya dikutip apabila anda naik dan turun adalah percuma. Berikut adalah kadar tol Genting Highlands:

  • Kenderaan Kelas 1: RM6.00
  • Teksi: RM6.00
  • Lori dan bas: RM12:00
  • Kenderaan berat: RM18.00

Kaedah pembayaran yang diterima pengendali laluan itu adalah kad Touch ‘n Go, RFID, dan kad debit/kredit.

Kadar istimewa tol Genting Highlands (diskaun 10%)

Pihak pengendali laluan turut menyediakan insentif untuk pengguna yang berada dalam kategori tertentu. Ada kategori yang dikecualikan daripada membayar tol dan ada juga kategori yang menerima diskaun 10% ke atas bayaran tol. Persamaan kedua-dua kategori itu adalah mereka perlu memohon secara manual daripada pengendali laluan dan pas perlu diperbaharukan secara tahunan.

Kenderaan yang dikecualikan bayaran tol

Secara asasnya, pengecualian diberikan kepada kakitangan kerajaan yang bekerja di dalam lingkungan Genting Highlands. Kakitangan Balai Polis Genting Highlands dan Balai Polis Gohtong Jaya adalah perkhidmatan polis yang dikecualikan bayaran. Seterusnya, pegawai Bomba dan Penyelamatan Malaysia (Bomba) Genting Highlands juga tidak perlu membayar tol.

Ada juga disenaraikan adalah warga pendidik di SK Sri Layang, SMK Sri Layang, dan Institut Aminuddin Baki tapi dengan syarat mereka perlu tinggal di sana dan bukannya yang ulang-alik daripada luar untuk ke sana. Kakitangan perkhidmatan kesihatan Klink Desa Sri Layang juga dikecualikan.

Akhir sekali adalah kategori kerjaan tempatan seperti Pejabat Daerah Kecil Genting Highlands, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, Majlis Perbandaran Bentong (cawangan Genting Highlands) dan lain-lain pejabat kerajaan Pahang yang berada dalam kawasan itu.

Kenderaan yang terima diskaun 10%

Pemilik Genting Highlands juga sediakan skim khas untuk penduduk yang menetap di dalam kawasan dengan memberikan diskaun 10%. Apabila memohon untuk diskaun, mereka sertakan bukti seperto:

  • Perjanjian Jual & Beli (SPA) / Cukai Taksiran / Cukai Tanah
  • Bil elektrik
  • Geran kenderaan

Sumber: Resort World Genting, Lingkaran Cekap

Tags
#berita

No comments yet

Leave a Reply

Continue reading

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…
Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…
Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…
Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.