BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

TNB kini terima permohonan kadar ToU dalam aplikasi myTNB

Hanif Azrai
Hanif Azrai
13 Disember 20253 min read
TNB kini terima permohonan kadar ToU dalam aplikasi myTNB

Berita baik buat pelanggan TNB yang belum langgan tarif ToU. Anda kini boleh berbuat demikian terus di aplikasi myTNB. Buka aplikasi, di halaman pemuka app, anda akan jumpa butang “Switch to ToU”. Jadi, tak perlu lagi singgah ke Kedai Tenaga ataupun guna website TNB.

TNB buat pengumuman itu pada 12 Disember 2025 menerusi saluran Facebook mereka. Sebenarnya, TNB mula tawarkan tarif ToU bermula 1 Ogos 2025. Ia sebulan selepas pengenalan tarif domestik am yang TNB kuat kuasakan dalam bulan Julai 2025.

Apa itu tarif ToU TNB?

Tarif ToU adalah tarif elektrik alternatif kepada domestic am yang ditawarkan TNB. Bezanya ToU dengan domestik am adalah kadar bayaran elektrik adalah berbeza-beza mengikut waktu penggunaan.

Beza tarif domestik am dengan tarif ToU

Kadar waktu puncak ditetapkan antara Isnin hingga Jumaat antara 2 petang hingga 10 malam. Pada ketika itu, penggunaan elektrik dicaj 28.52 sen/kWh. Selain waktu itu, kadar elektrik turun kepada 24.43 sen/kWh termasuklah sewaktu hari cuti am seperti Hari Raya dan Deepavali.

Sebagai perbandingan, kadar elektrik untuk domestik am adalah mendatar pada 27.03 sen/kWh tanpa mengira waktu.

Bila anda langgan tarif ToU, anda perlu pindahkan penggunaan tenaga di luar waktu puncak untuk nikmati penjimatan bil yang maksimum. Penekanan harus diberikan kepada penggunaan barang elektrik dahaga tenaga seperti pendingin hawa, mesin basuh, dan memasak.

Anda boleh baca analisis breakeven saya untuk ketahui yang mana lebih berbaloi, ToU ataupun domestik am, dalam artikel terdahulu.

Breakeven analysis tarif ToU: Guna elektrik ‘off-peak’ perlu lebih 37% untuk rasa penjimatan

Siapa perlu langgan tarif ToU TNB?

Pengguna yang paling sesuai langgan tarif ToU berbanding domestik am ialah pengguna yang banyak lakukan aktiviti malam. Isi rumah yang ramai boleh pasang pendingin hawa, gosok baju, basuh kain, cas kenderaan elektrik pada waktu malam. Peniaga pula boleh pindahkan operasi pengelauran mereka ke sebelah malam untuk jimatkan kos operasi.

Anda disarankan untuk kekal di domestik am kalau aktiviti anda kebanyakannya berlaku di siang hari dalam waktu puncak. Sifirnya adalah sekurang-kurangnya 37% penggunaan elektrik anda perlulah berada di luar waktu puncak untuk menikmati penjimatan.

Tarif ToU waktu luar puncak

Satu perkara yang perlu anda tahu adalah, kadar ToU perlukan pengguna memiliki meter pintar. Sekiranya anda masih belum ada, TNB akan pasangnya secara percuma tapi waktu menunggu dianggarkan kira-kira 2 bulan.

Apa-apa pertanyaan boleh disalurkan menggunakan emel ([email protected]), hubungi TNB Careline 1-300-88-5454 ataupun singgah ke Kedai Tenaga berhampiran anda.

Sumber: TNB Careline

TAGS:TNB

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.