BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Tiada caj AFA untuk bil TNB Julai 2025 anda

Hanif Azrai
Hanif Azrai
2 Julai 20253 min read
Tiada caj AFA untuk bil TNB Julai 2025 anda

Berita baik untuk penduduk Semenanjung Malaysia. Bil TNB Julai 2025 anda tidak akan dikenakan caj Automatic Fuel Adjusment (AFA). Buat yang terlepas berita, mulai Julai 2025, struktur baharu tarif elektrik ada memasukkan komponen AFA yang dikemas kini setiap bulan dan ia akan beri kesan pada bil elektrik, sama ada menurun ataupun menarik.

Cuma untuk bulan Julai 2025, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan ia ditetapkan pada kadar 0 sen/kWh.

Kadar AFA Julai 2025 TNB

Apa kesan AFA terhadap bil elektrik?

Automatic Fuel Adjustment adalah salah satu komponen dalam formula pengiraan bil elektrik yang mula diguna pakai Julai 2025. Dikemas kini setiap bulan, ia melambangkan keadaan semasa terhadap perubahan harga bahan api dan kadar tukaran asing.

@nepazrai

Tarif TNB baharu bermula Julai 2025. Ketahui formula bil baru, kadar terkini dan cara anda boleh jimat bil elektrik setiap bulan. @Tenaga_Nasional #tnb #tenaganasionalberhad #fyp #elektrik

♬ original sound – nepazrai – nepazrai

AFA diperkenalkan untuk gantikan komponen Imbalance Cost Pass-Through (ICPT). ICPT mempunyai objektif yang sama iaitu sebagai penyelaras terhadap perubahan harga bahan api dan lain-lain kos penjanaan tenaga. Walau bagaimanapun, kadar ICPT dikemas kini setiap 6 bulan berbanding AFA yang dikemas kini setiap bulan.

Apa yang berubah dengan tarif elektrik TNB 2025?

Formula pengiraan bil elektrik anda bermula Julai 2025 adalah seperti berikut:

Formula kira bil TNB 2025
Formula kira bil TNB 2025

Jika dulu, jumlah penggunaan elektrik anda (kWh) akan didarab dengan tarif mengikut tarif berperingkat, kini bil elektrik anda dipecahkan kepada 3 komponen besar iaitu:

  • Generation Charge merujuk kepada kos untuk menjana tenaga. Di bawah komponen ini, ada tiga lagi subkomponen lain iaiatu:
    • Energy Charge – kos bahan api untuk jalankan loji jana kuasa
    • Automatic Fuel Adjustment (AFA) – mekanisme yang diguna untuk mengukur harga pasaran bahan api dan juga kadar tukaran mata wang asing. AFA diumum secara berkala oleh Suruhanjaya Tenaga.
    • Capacity Charge – bayaran kapasiti di bawah Power Purchase Agreements (PPA) dan Service Level Agreements (SLA).
  • Network Charge merujuk kepada kos untuk menghantar tenaga elektrik kepada premis anda yang meliputi penyelenggaraan peralatan dan naik taraf
  • Retail Charge merujuk kepada bayaran perkhidmatan rangkaian, pembilan, dan pengurusan akaun. Penggunaan 600kWh dan kebawah dikecualikan bayaran ini.
  • Energy Efficiency Incentive merujuk kepada diskaun yang diberikan untuk pengguna yang cekap penggunaan elektriknya. Buat masa ini pengguna domestik yang layak adalah yang menggunakan 1,000kWh dan kebawah. Amaun diskaun yang diberikan masih belum diumumkan.

Bacaan berkaitan

  • Tiada caj AFA untuk bil TNB Julai 2025 anda
  • Tarif ToU: Apakah ia & cara mohon daripada TNB
  • Tarif TNB baharu Julai 2025: Ini semua perlu anda tahu
  • EEI tarif TNB 2025: Ini penjelasan rebat bil elektrik RM73.50
TAGS:TNB

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.