BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Tarif ToU TNB: Kenapa perlu ada Smart Meter untuk langgan?

Hanif Azrai
Hanif Azrai
7 Julai 20254 min read
Tarif ToU TNB: Kenapa perlu ada Smart Meter untuk langgan?

TNB telah memperluaskan skim tarif Time-of-Use (ToU) kepada pengguna domestik mulai 1 Julai 2025. Tarif tersebut boleh dilanggan secara sukarela sebagai alternatif kepada tarif Domestik Am. Walau bagaimanapun, satu syarat penting untuk nikmati manfaat tarif Tou murah diluar waktu puncak adalah, premis perlulah dilengkapi meter pintar (smart meter).

Contoh Smart Meter TNB

Apa itu smart meter TNB?

Smart meter adalah peralatan yang digunakan TNB untuk merekodkan penggunaan elektrik. Data itu kemudiannya dihantar ke ibu pejabat TNB menggunakan gelombang radio. Sebagai perbandingan, meter tradisional hanya berikan data penggunaan terkumpul dan dibaca satu kali pada setiap bulan. Smart meter mampu untuk rekodkan penggunaan mengikut masa dan merekodkan dengan lebih kerap, biasanya selang 15 hingga 30 minit.

Untuk makluman anda, Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Tenggara yang menggunakan teknologi smart meter di seluruh negara. Menjelang tahun 2026, TNB mensasarkan sebanyak 9.1 juta isi rumah akan dilengkapi meter pintar ini. Setakat 2024, dilaporkan yang sebanyak 4.6 unit smart meter sudahpun dipasang di lokasi-lokasi tertentu.

Beza smart meter dengan meter biasa

Smart meter ada beberapa ciri canggih dan ciri itu diperlukan untuk kegunaan merekodkan penggunaan elektrik di bawah tarif ToU.

  • Rekod data secara berkala

Smart meter mampu untuk jejak penggunaan elektrik mengikut sela masa tertentu. Dengan kekerapan yang tinggi, data penggunaan yang terperinci boleh diketahui sepanjang hari. Meter trandisional pula hanya rekodkan data terkmpul tanpa sebarang maklumat masa.

Kegunaan Smart Meter TNB
  • Penghantaran data secara masa nyata

Menggunakan gelombang radio, smart meter boleh menghantar data-data yang dipungut tadi ke pengkalan data TNB sekurang-kurangnya sekali dalam masa sehari. Perkongsian data secara masa nyata ini membolehkan proses mengebil dilakukan secara jitu dan telus.

Kegunaan Smart Meter TNB
  • Sistem komunikasi 2 hala meter TNB

Meter pintar TNB ada fungsi komunikasi dua hala. Ertinya, bukan setakat meter hantar data kepada TNB, malahan pihak penyedia utiliti boleh hantar kemas kini ataupun arahan tertentu kepada meter daripada jauh.

Sebab smart meter diperlukan untuk tarif ToU

Meter yang diperlukan untuk memenuhi keperluan merekod penggunaan tenaga di bawah tarif ToU mestilah mampu untuk sertakan sekali waktu guna bersama-sama data kWh. Hal ini kerana, di bawah tarif ToU ada dua zon masa iaitu:

  • Waktu puncak: Hari biasa antara 2PM hingga 10PM
  • Luar waktu puncak: 10PM hingga 2PM hari berikutnya, hari sabtu, hari ahad, ataupun hari kelepasan terpilih.

Tanpa ciri menjejak itu, TNB tak mungkin boleh jejak sama ada anda gunakan elektrik di dalam waktu puncak atauapun di luar waktu puncak. Sebaliknya, dengan maklumat masa dan kuantiti guna, TNB boleh kenakan tarif berikut kepada pengguna.

Pemasangan Smart meter adalah percuma

Menurut laman rasmi TNB, pemasangan Smart Meter adalah percuma. Sekiranya anda berminat untuk melanggan tarif ToU, permohonan sudahpun dibuka. Berikut adalah langkah mohon tarif ToU TNB:

  1. Sediakan dokumen berikut:
    • Borang permohonan bekalan elektrik (TNB TOU application form)
    • Salinan IC/pasport pemilik akaun
    • Salinan sijil pendaftaran syarikat (jika perlu)
  2. Hantar permohonan melalui:
    • Emel: [email protected]
    • Kedai Tenaga berdekatan
    • Mulai 1 Ogos 2025, boleh mohon secara online melalui portal myTNB
Borang permohonan TNB tarif ToU
Borang permohonan TNB tarif ToU

Sumber: TNB

Bacaan berkaitan

  • EEI tarif TNB 2025: Ini penjelasan rebat bil elektrik RM73.50
  • Tiada caj AFA untuk bil TNB Julai 2025 anda
  • Tarif ToU: Apakah ia & cara mohon daripada TNB
  • Tarif TNB baharu Julai 2025: Ini semua perlu anda tahu
TAGS:TNB

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.