BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Automotif

Tahukah anda yang Bateriku juga ada jual bateri motosikal?

Hanif Azrai
Hanif Azrai
30 Jun 20253 min read
Tahukah anda yang Bateriku juga ada jual bateri motosikal?

Anda mungkin biasa dengan Bateriku.com (Bateriku) kalau anda miliki kereta. Mereka terkenal dengan servis penukaran bateri kereta secara on-demand. Tapi tahukah anda, mereka juga ada jual bateri untuk motosikal juga? Saya pun baru tahu.

GGR x Bateriku, bateri motosikal harga patut

Seperti kereta, motosikal pun kaedah pengangkutan yang perlu diselenggara, termasuklah di bahagian bateri 12V. Jadi Bateriku telah bekerjasama dengan GGR untuk tawarkan bateri yang ngam dengan pelbagai model motosikal.

Antara model terkenal seperti Honda EX5, Yamaha Y15ZR, Yamaha NVX, Yamaha XMAX, dan banyak lagi. Boleh dikatakan yang semua model-model terkenal, ada bateri GGR x Bateriku yang padan dengannya.

@ggrmotor

GGR❌BATERIKU COMING SOON GUYS 📈 10000 BIJI BATTERY MENDARAT GENG 😍 KOLABORASI 2 JENAMA,SATU KUASA 📈

♬ original sound – GGRMOTOR – GGR MOTOR OFFICIAL

Daripada bateri kereta ke motosikal

Bateriku bermula dengan servis road assist untuk bateri kereta sejak 2014. Kini, mereka mengendalikan lebih 220 pitstop di seluruh Malaysia disamping mengoperasikan rangkaian sokongan yang kukuh. Maka dengan sebab itu, kita boleh jangkakan kualiti perkhidmatan yang sama cemerlang untuk motosikal.

Menurut Bateriku, produk yang mereka bangunkan mampu tempuhi cabaran jalan raya di Malaysia seperti bahang haba, lalu lintas sesak, hujan lebat, dan tempoh tunggangan yang lama. Tiga kriteria yang dipenuhi adalah seperti tegap, selamat, dan berprestasi tinggi.

GGR x Bateriku, bateri motosikal murah

Di mana nak dapat bateri motosikal GGR x Bateriku?

Termasuklah saya, baru hari ini saya tahu yang Bateriku ada jual bateri motosikal. Ia telah dijual sejak November 2024 dan masih baru secara relatif berbanding lebih 10 tahun untuk bateri kereta. Harganya pun murah sahaja, bermula RM65 hingga RM110.

Antara varian bateri yang ditawarkan adalah seperti:

  • YTS5S-BS
  • YB5L-BS
  • YTZ7S-BS
  • YTZ8
  • YTX7A-BS

Buat anda yang berminat untuk dapatkannya, berikut adalah beberapa saluran yang boleh digunakan:

  • Bateriku Pitstop
  • Shopee
  • outlet GGR seluruh Malaysia

Setiap unit bateri motosikal berjenama GGR x Bateriku ini dilindungi jaminan selama 10 bulan, tertakluk kepada terma & syarat. GGR x Bateriku bukanlah inisiatif pertama Bateriku untuk tembusi pasaran motosikal. Dalam tahun 2021, mereka telahpun mula mengedarkan bateri motor nanogel daripada jenama Koyoko. Antara varian yang ditawarkan adalah seperti:

  • G2 YB4L-BS
  • G2 YTZ5S
  • G2 YB5L-BS

Walau bagaimanapun, saya dapati yang jaminan yang ditawarkannya lebih pendek berbanding bateri GGR iaitu 6 bulan.

Bateriku jual bateri motosikal nanogel Koyoko
Sumber

Anda boleh layari laman rasmi Bateriku.com untuk maklumat lanjut.

TAGS:automotifbateriku

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

7 Disember 2024

Mitos guna RON97 untuk jaga enjin kereta

Penggunaan pembersih sistem bahan api (fuel cleaner) adalah lebih cekap tenaga untuk pastikan enjin beroperasi dalam keadaan optimum.…

Read More
1 Januari 2024

Semak Kos Alat Ganti & Caj Buruh Semua Model Proton

Kereta Proton anda sudah tiba masa untuk diselenggara. Anda bawa ke pusat servis rasmi berhampiran. Staf Proton biasanya…

Read More
4 Oktober 2023

Bunyi sampai dulu, motor sampai kemudian | Kawasaki ZX-25R

ZX-25R adalah rekarnasi 250cc 4 silinder yang popular lewat tahun 80-an hingga awal 2000 sebelum ia pupus kerana…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.