Kerajaan Malaysia melakukan penstrukturan semula insiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk 2026. Secara ringkasnya, warga emas adalah satu-satunya golongan yang terima peningkatan bantuan kerajaan ini iaitu naik sebanyak RM150. Untuk penerima golongan isi rumah, SARA telah dinaikkan kepada RM1,200 merentasi kategori tapi STR telah dikurangkan. Walaupun nilainya sama, tapi cara gunanya kini dah berbeza. Baca sampai habis untuk tahu apa lagi yang berubah.

Penerima warga emas dapat tambahan RM150
Penerima daripada golongan warga emas kini terima SARA pada jumlah RM600. Ia adalah peningkatan sebanyak RM150 berbanding edisi 2025. STR pula kekal kepada RM600. Ini adalah satu-satunya golongan yang terima peningkatan pada segi jumlah sumbangan. Makanya, warga emas yang tiada pasangan dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM5,000 akan terima STR sebanyak RM600 dan SARA sebanyak RM600.
Penerima isi rumah nyata terkesan
Walaupun jumlah bantuan yang diterma golongan isi rumah adalah sama, komposisinya telah berubah. Kerajaan telah menaikkan komponen SARA penerima isi rumah sebanyak RM300 untuk jadikannya kepada RM1,200 sementara bantuan sara diturunkan sebanyak sehingga RM300 bergantung kepada kategori.
Isi rumah yang ada pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 dan ada lebih daripada 5 orang didalamnya akan terima bantuan paling besar iaitu sekurang-kurangnya RM3,400.
Penerima bujang dah tak terima bantuan tunai
Untuk tahun 2026, Kerajaan dah tarik STR RM600 untuk penerima bujang berpendapatan bulanan bawah RM2,500. Namun, kerajaan beri semula dalam bentuk SARA.
Tambahan SARA RM1,200 untuk golongan tertentu
Di atas bantuan yang diterima, golongan dalam kategori miskin ataupun miskin tegar e-kasih akan terima SARA tambahan sbanyak RM600 (bujang) ataupun RM1,200 (isi rumah, warga emas tiada pasangan).
Tarikh pemberian SARA & STR 2026
Buat yang terima mana-mana komponen Sumbangan Asas Rahmah, ada beberapa tarikh penting yang perlu diketahui.
- SARA Bulanan akan mula dikreditkan 9 Januari 2026.
- SARA Bulanan individu bujang akan mula dikreditkan 16 Januari 2026.
- STR Fasa 1 akan mula diagihkan 20 Januari 2026.
- SARA untuk semua akan boleh diguna 9 Februari 2026.

Kenapa SARA/STR distruktur semula?
Penstrukturan semula STR dan SARA oleh kerajaan Malaysia dilihat sebagai peralihan strategik kepada bantuan keperluan asas berbanding bantuan tunai semata. Sebab itulah jumlah bantuan yang diterima tidak berubah tetapi pembahagian bantuan telah diselaraskan untuk wujudkan jaring keselamatan yang lebih tegap. Sedang inflasi semakin menghimpit golongan tertentu, adakah tahun 2027 akan menyaksikan bantuan yang lebih banyak untuk membantu golongan rentan?
Anda boleh baca maklumat lanjut tentang SARA atau STR di laman web Sumbangan Asas Rahmah.
