BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

SST 6% perkhidmatan kesihatan: Ini golongan kena bayar

Hanif Azrai
Hanif Azrai
19 Jun 20252 min read
SST 6% perkhidmatan kesihatan: Ini golongan kena bayar

Bermula 16 Jun 2025, Kastam Diraja Malaysia akan mula mengenakan Cukai Perkhidmatan (SST) 6% ke atas perkhidmatan kesihatan swasta yang tertentu. Buat yang cakna kewangan, ini maklumat yang perlu anda tahu. Cukai Perkhidmatan dalah salah satu daripada cukai penggunaan yang bermakna sesuatu perkhidmatan itu boleh dikenakan cukai sekiranya perkhidmatan itu:

  • tertakluk dalam senarai perkhidmatan bercukai
  • penuhi nilai ambang

Golongan kena SST 6% perkhidmatan kesihatan swasta

Menurut garis panduan yang dikeluarkan Kastam Diraja Malaysia, semua pengguna bukan warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan kesihatan swasta dikenakan cukai. Berita baik, SST 6% tidak dikenakan ke atas warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan yang sama.

Untuk penyedia perkhidmatan pula (klinik dan hospital), mana-mana penyedia yang beroleh RM1.5 juta atau lebih dalam sesuatu tahun adalah diwajibkan untuk berdaftar di bawah SST dan memungut cukai daripada warganegara asing bagi pihak kerajaan Malaysia.

Perkhidmatan kesihatan swasta yang kena SST 6%

Terdapat tiga kategori besar perkhidmatan kesihatan swasta yang tertakluk kepada SST iaitu:

  1. Perkhidmatan Kesihatan Swasta
    1. perundingan doktor, doktor gigi, jururawat, dan bidan
    2. ambulan, fisioterapi, x-ray, saringan
    3. kemasukan hospital, lawatan rumah, rawatan pencegahan
    4. penggunaan peralatan perubatan (MRI, ultrabunyi, dll.)
    5. perkhidmatan makanan di hospital
    6. bilik mayat
  2. Perubatan Tradisional dan Komplementari
    1. perubatan tradisional melayu, cina, india
    2. homeopati, kiropraktik, osteopati
    3. pengamal perubatan islam
    4. akupuntur, ayurveda, ubat herba
  3. Perkhidmatan Kesihatan Bersekutu
    1. terapi pertuturan, audiologi
    2. khidmat nutrisi & gizi
    3. fisioterapi, pergigian
    4. psikologi klinikal, radiografi

Perkhidmatan kesihatan yang tak kena SST 6%

Berita baik, kerajaan masih mengecualikan SST ke atas sejumlah perkhidmatan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia yang gunakan perkhidmatan kesihatan swasta
  • perkhidmatan kesihatan awam
  • pusat pakar universiti (e.g., UM, UKM, UiTM, IIUM)
  • perkhidmatan di zon khas (Langkawi, Labuan, Tioman, Pangkor)
  • penjualan peralatan kesihatan (tongkat, alat bantu dengar, etc.)
  • perhidmatan kesihatan kepada bukan warganegara di luar Malaysia

Anda boleh layari laman mySST untuk maklumat lanjut.

TAGS:kewangan

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.