BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Setel: Apa kelebihan APP pilihan 9 juta rakyat Malaysia ini?

Hanif Azrai
Hanif Azrai
26 Ogos 20253 min read
Setel: Apa kelebihan APP pilihan 9 juta rakyat Malaysia ini?

Sekarang semua berlumba-lumba nak ada apps. Nak buat benda mudahpun kadang-kadang kena install APP. Mungkin itu yang cuba dirungkaikan Setel melalui kempen terbaharu mereka “Setel je! Sekali tekan, semua jalan.” Penyedia e-wallet ini nak beritahu rakyat Malaysia yang APP mereka ada macam-macam fungsi dalam satu. Jadi tak lagi mereka lemas dalam aplikasi remeh temeh.

Apa yang Setel boleh buat sekarang?

Dulu mereka bermula sebagai platform pembayaran minyak di stesen Petronas. Tapi sekarang ia dah berevolusi untuk jadi apliokasi semua dalam satu. Ini adalah antara transaksi yang boleh anda lakukan guna aplikasi Setel:

  • Isi minyak: Bayar minyak di lebih 1,000 stesen Petronas tanpa perlu sentuh terminal pembayaran
  • Bayar parkir: Bayaran parkira untuk banyak pihak berkuasa tempatan boleh dilakukan
  • Perbaharui cukai jalan: Tak perlu beratur, jalankan transaksi secara dalam talian
  • Beli belah & ganjaran: Bayar di lebih 2.6 juta kedai di seluruh Malaysia dan kumpul mata Mesra
  • Setel Lite: Setel versi “ringan” yang boleh dijalankan pada telefon lama.

Frasa “setel” memang sinonim dalam pertuturan bahasa pasar rakyat Malaysia. Ia merujuk pada masalah yang boleh diselesaikan dengan pantas dan tangkas. Ia selari dengan falsafah Setel iaitu pantas, mudah, dan terangkum.

Kembara Setel Je! Sekali tekan, semua jalan

Untuk sambut kempen baharu ini, Setel akan adakan kembara seluruh Malaysia. Antara tempat-tempat yang bakal mereka lawat adalah Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Sabah, dan Sarawak.

Setel juga telah jalinkan kerjasama dengan Selangor FC untuk memeriahkan kancah bola sepak tempatan dan akhir sekali mereka juga ada lancarkan beberapa kandungan bertemakan kempen ini. Anda boleh tonton video jingle mereka di bawah.

Promo RM5 dengan kod c-5etel

Kalau anda belum guna Setel, inilah masanya. Ada promo sedang berjalan. Daftar akaun Setel dengan kod c-5etel dan anda dapat cashback RM5 untuk isian minyak RM20.

Kelebihan isi minyak guna setel adalah anda dapat mata ganjaran Mesra automatik. Tak perlu bawa kad Mesra berasingan dan anda boleh tebus mata Mesra terus daripada aplikasi.

Layari laman rasmi Setel untuk maklumat lanjut.

TAGS:kewangansetel

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.