BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

SARA 2026: RM100 masuk MyKad bermula Februari

Hanif Azrai
Hanif Azrai
5 Januari 20265 min read
SARA 2026: RM100 masuk MyKad bermula Februari

Dalam Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam edisi Januari 2026, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ada mengumumkan beberapa inisiatif bantuan. Salah satunya tentang SARA 2026. Semua rakyat Malaysia berumur lebih 18 tahun akan terima RM100 one-off ke dalam MyKad untuk dibelanja ke atas barangan keperluan asas.

  • SARA 2026 one-off boleh mula diguna 9 Februari 2026
  • SARA sehingga RM200/bulan boleh diguna bermula 9 Januari 2026
  • 10,000 pengusaha kedai runcit akan masuk rangkaian MyKasih
  • 96% penerima SARA 2025 guna kredit MyKasih
@nepazrai

PMX Anwar Ibrahim umumkan beberapa perkara penting dalam Perhimpunan Bulanan Perdana MentEric edisi Januari 2026.

♬ original sound – Anep – Anep

SARA 2026 one-off boleh mula diguna 9 Februari 2026

Bantuan kerajaan SARA one-off ini sama seperti edisi 2025 yang digunakan rakyat Malaysia dalam bulan Ogos 2025 tempoh hari. Cuma untuk kali ini, pemberian dilakukan awal Februari 2026 bersempena dengan ketibaan Ramadan dan Tahun Baru Cina. Ia bolehkan rakyat Malaysia melakukan persediaan yang secukupnya bersempena dengan musim perayaan ini. Seramai lebih 22 juta rakyat Malaysia akan menikmati SARA 2026.

SARA sehingga RM200/bulan boleh diguna bermula 9 Januari 2026

Selain SARA one-off, SARA bulanan juga diumumkan kerajaan. Keluarga yang berada dalam kategori:

  • Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih atau
  • Penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih

merka akan terima bantuan ke dalam MyKad sehingga RM200/bulan berdasarkan kelayakan. Kredit tersebut boleh dimanfaatkan bermula 9 Januari 2026.

10,000 pengusaha kedai runcit akan masuk rangkaian MyKasih

PMX katakan yang SARA edisi yang lepas menerima rungutan rakyat apabila hanya 4,100 kedai runcit berikan akses kepada produk berlabel MyKasih. Untuk penambahbaikkan kerajaan ingin tambah sehingga 10,000 peruncit kecil-kecilan supaya lebih ramai peniaga boleh tawarkan barangan MyKasih beserta rangkaian yang lebih luas.

Perkara ini penting kerana orang-orang kampung ataupun yang tinggal di pekan kecil tak perlu lagi keluar jauh untuk dapatkan barangan MyKasih. Pengguna boleh kerap memeriksa laman rasmi MyKasih untuk melihat kemas kini kedai-kedai baharu yang menawarkan barangan yang boleh dibeli dengan kredit SARA.

96% penerima SARA 2025 guna kredit MyKasih

SARA one-off untuk semua edisi pertama telah bermula pada 31 Ogos 2025 dan berterusan sehingga habis 2025.

Menurut PMX, 96% daripada penerima telah gunakan peruntukan yang disediakan dengan jumlah perbelanjaan menghampiri RM2.1 billion. Baki peruntukkan yang tak digunakan adalah kira-kira-kira RM150 juta.

Peruntukan yang tak tidak habis digunakan akan disalurkan semula kepada agensi-agensi yang terpilih seperti:

  • pusat perlindungan mangsa keganasan domestik di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
  • pelajar OKU dan berkeperluan khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • pembelian peralatan perubatan untuk pelajar miskin di bawah Kementerian Kesihatan, dan
  • Bank makanan siswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Cara guna SARA 2025 adalah sama seperti edisi yang sebelumnya. Tatacara penggunaan boleh dirujuk dalam artikel kami yang terdahulu.

Sumber: Kementerian Kewangan

TAGS:bantuan kerajaan

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.