BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Pulangan tunai, baucar & hadiah RM5000! Jom serta kempen Setel

Hanif Azrai
Hanif Azrai
26 Mac 20253 min read
Pulangan tunai, baucar & hadiah RM5000! Jom serta kempen Setel

Setel sedang mengadakan kempen promo Vroom Vroom Raya Setel antara 19 Mac hingga 19 May 2025. Ada macam-macam hadiah mingguan dan yang paling menarik, pulangan tunai RM5,000 sebagai hadiah utama.

Pengguna baru Setel dapat pulangan tunai sehingga RM10

Buat pengguna kali pertama, baucar tunai sehingga RM10 ditawarkan apabila anda gunakan kod promo “c-vroom” sewaktu pendaftaran. Syaratnya adalah anda isi minyak RON95 (PRIMAX 95) sekurang-kurangnya RM3 menggunakan kaedah pembayaran Setel. Dalam tempoh dua hari bekerja, pengguna akan terima pulangan tunai bernilai rawak sehingga RM10.

Tawaran pulangan tunai ini adalah sementara stok masih ada. Peruntukkan yang disediakan adalah RM51,128 dan tawaran tamat apabila semua kuota telah dipenuhi ataupun tempoh promosi tamat.

Bukan itu sahaja, pengguna juga akan dapat 10 penyertaan untuk merebut hadiah mingguan.

Pengguna sedia ada rebut hadiah utama RM5,000

Kempen Vroom Vroom Raya Setel turut tawarkan hadiah mingguan yang banyak beserta hadiah utama pulangan tunai bernilai RM5,000. Setiap minggu selama lapan minggu, sebanyak 240 pemenang akan dipilih untuk menangi pulangan tunai Setel ataupun baucar Merchant. Berikut adalah hadiah mingguan yang ditawarkan:

  • 5 pemenang Setel cashback RM150
  • 20 pemenang Setel cashback RM80
  • 50 pemenangan Setel cashback RM50
  • 100 pemenang Setel cashback RM20
  • 65 pemenang baucar Merchant RM10

Cara nak sertainya mudah saja. Anda cuma perlu isi PRIMAX 95 (minimum RM3) untuk beroleh bilangan penyertaan. Bilangan penyertaan pula bergantung kepada saluran pembayaran yang anda guna:

  • 1 penyertaan jika bayar guna Setel Wallet/Family Wallet
  • 3 penyertaan jika bayar guna kad Kredit/Debit melalui Setel
  • 5 penyertaan bonus jika bayar guna fungsi One-Tap

Pemenang mingguan dipilih berdasarkan bilangan penyertaan untuk minggu tersebut. Sekiranya dah menang, bilangan penyertaan individu tersebut akan di-reset, namun masih dikira untuk merebut hadiah utama.

Untuk hadiah mingguan, senarai pemenang akan diumumkan pada hari bekerja yang ke-7 selepas minggu tersebut tamat. Pemenang hadiah utama kredit Setel RM5,000 pula akan diumum pada 24 Mei 2025. Senarai pemenang boleh dirujuk melalui:

  • saluran media sosial Setel
  • aplikasi Setel
  • laman web Setel

Anda boleh layari laman rasmi Vroom Vroom Raya Setel untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.