BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Persiapan musim Haji tahun 2025 / 2026 bermula sekarang

Hanif Azrai
Hanif Azrai
17 September 20244 min read
Persiapan musim Haji tahun 2025 / 2026 bermula sekarang

Persiapan musim Haji 2025 sudahpun bermula. Sebanyak 3 saluran untuk jemaah Malaysia mendapatkan jemputan mengerjakan ibadah Haji:

  1. Panggilan Muassasah daripada Tabung Haji (TH)
  2. Rayuan kepada TH melalui aplikasi THijari untuk:
    1. slot Muaassasah
    2. slot swasta
  3. Jemputan Haji guna visa Furada terus daripada kerajaan Arab Saudi

Haji melalui panggilan Muassasah Tabung Haji

Ini adalah saluran paling senang dan yang paling ramai kerana terpaksa menunggu giliran. Kos mengerjakannya adalah yang paling rendah kerana terdapat subsidi untuk golongan yang layak menerimanya.

Contohnya, untuk musim 2024, kos haji seorang jemaah Muassasah adalah:

  • RM12,356 – jemaah B40
  • RM19,152 – jemaah M40
  • RM33,300 – jemaah T20

Haji melalui Pengelola Jemaah Haji

Sekiranya rayuan bakal jemaah diterima, selain daripada diletakkan dalam kategori Muassasah, jemaah mungkin diberikan peluang untuk mengikuti haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Sistem PJH diperkenalkan dalam tahun 2000. Ia merujuk kepada Agensi Pelancongan Bumiputera Mulsim yang diberikan lesen untuk menguruskan jemaah swasta. PJH juga merujuk kepada TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) dan Agensi Pelancongan Bumiputera Muslim yang diluluskan Lesen PJH tahun semasa.

Kelebihan tunai Haji guna pakej haji swasta

Berbanding Muassasah, ada beberapa kelebihan sekiranya jemaah memilih untuk tunaikan Haji menerusi pihak swasta.

Antaranya adalah:

  1. Pilihan hotel 3 hingga 5 bintang
  2. Jarak hotel berhampiran Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi
  3. Sajian 3 kali sehari secara buffet
  4. Bimbingan dalam kumpulan kecil
  5. Nilai tambah pada khemah (Masya’ir)
  6. Nisbah petugas membantu jemaah haji lebih ramai.

Proses pendaftaran pakej Haji PJH

  1. Daftar Haji dengan TH
  2. Terima tawaran tunai Haji
  3. Dapatkan brosur pakej Haji
  4. Pilih syarikat PJH
  5. Pilih pakej PJH mengikut kemampuan

Pengalaman Zaim Zawani Haji 2023

Menerusi satu hantara di Facebook, Zaim Zamani berkongsikan pengalamannya mendapat slot untuk mengerjakan Haji untuk musim 2023. Menurut beliau, dia mendaftar haji dalam tahun 2009 dan rayuan untuk kerjakan Haji dilakukan menerusi aplikasi THijari seawal bulan Ramadan tahun yang sama.

Dia mendapat slot di saluran PJH. Satu tips yang dikongsikan adalah syarikat yang dilantik jadi PJH akan adakan pameran di hotel Movenpik dan di sana mereka berkongsikan maklumat seperti:

  • Harga pakej
  • Jumlah individu sebilik
  • Tempoh keberadaan di Tanah Suci

Dia memilih syarikat Albalad Travel & Tours atas saranan ramai staf TH dan dia berpuas hati dengan servis dan harga yang ditawarkan syarikat tersebut. Menunaikan Haji dengan PJH berikan peluang jemaah untuk lakukan aktiviti luar tambahan yang diuruskan syarikat travel.

Situasi di Arafah dan Mina juga sedikit lebih selesa. Contohnya, khemas kurang padat di Arafah. Di Mina, khemah adalah jauh lebih selesa dan luas tapi makanan dan tandas masih perlu berkongsi dengan jemaah Muassasah.

Untuk jemaah yang berusia ataupun ada masalah mobiliti, disarankan untuk ambil Perkhidmatan Masyair Naik Taraf (PMN) kerana boleh dapat kerusi roda dan sewaktu di Muzdalifah, boleh tinggal di dalam bas yang lebih selesa.

Insurans Haji juga sangat digalakkan kerana kos perubatan agak tinggi disamping cukai GST 15% dikenakan kerajaan Arab Saudi. Kosnya adalah RM300 untuk sepanjang ibadah yang merangkumi perlindungan pesakit luar RM2,000 dan hospitalisation RM30,000. Sangat berguna kalau perlu dapatkan rawatan di hospital swasta.

Keadaan dalam khemah sewaktu haji

Pihak TH juga ada buka klinik di setiap maktab TH untuk jemaah dapatkan rawatan dan ubat percuma.

Sumber: Zaim Zawani

TAGS:Hajihaji 2025mekah

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.