BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Peraturan baru powerbank Malaysia Airlines 2025 – Apa Perlu Tahu

Hanif Azrai
Hanif Azrai
29 Mac 20252 min read
Peraturan baru powerbank Malaysia Airlines 2025 – Apa Perlu Tahu

Mula 1 April 2025, Malaysia Airlines, Firefly, dan MASWings akan kuat kuasakan polisi baharu berkaitan powerbank untuk keselamatan penerbangan. Kalau anda seorang yang kerap terbang, ini maklumat yang perlu anda tahu.

@nepazrai

Bermula 1 April 2025 ada polisi baru tentang penggunaan powerbank atas pesawat. #malaysiaairlines #maswings #firefly

♬ original sound – nepazrai – nepazrai

Kemas kini terbaharu polisi powerbank MAS, Firefly, & MASWings

  1. Powerbank mesti ada dengan anda setiap masa.
    1. Tidak dibenarkan untuk simpan di ruangan penyimpanan atas
    2. Powerbank mesti disimpan di ruangan bawah kerusi ataupun poket kerusi.
  2. Cara pengendalian powerbank dengan fungsi pengecasan wayarles.
    1. Powerbank yang ada pengeasan MagSafe ataupu yang setara dengannya, ia mesti disimpan dalam bekas penyimpanan berasingan untuk elak daripada diaktifkan secara tak sengaja.
  3. Tak boleh guna ataupun cas powerbank sewaktu terbang
    1. Walau dibenar dibawa di dalam kabin, powerbank tak dibenarkan diguna sepanjang penerbangan.
  4. Powerbank tak dibenar didaftar masuk dalam bagasi.
    1. Segala jenis bateri berasaskan lithium-ion tak dibenar didaftar masuk dalam bagasi atas sebab keselamatan.

Kenapa polisi powerbank semakin ketat?

Bateri lithium-ion walaupun sangat berguna, ia ada risiko pengunaannya yang tersendiri kerana kepadatan tenaga yang tinggi terkandung padanya. Sekiranya berlaku kebocoran, kebakaran mungkin tercetus dan tiada siapa mahukan kebakaran di dalam kabin sewaktu terbang. Maka dengan sebab itu, lebih banyak pengendali penerbangan mengambil langkah proaktif mengemas kini polisi powerbank masing-masing.

AirAsia pada 26 Mac 2025 tempoh hari turut mengumumkan perkara yang sama tentang polisi powerbank AirAsia.

  • Polisi powerbank AirAsia
  • Polisi powerbank Malaysia Airlines

Apa yang perlu anda buat?

  • Periksa berkali-kali bagasi anda sewaktu kemas untuk elak tersesat powerbank.
  • Cari bekas penyimpanan utuh untuk powerbank berfungsi wayarles
  • Rancang penggunaan bateri gajet anda disebabkan powerbank dah tak lagi dibenar diguna di dalam pesawat.

Sumber: Malaysia Airlines

Mulai 1 April 2025, Malaysia Airlines, Firefly & MASwings perketat peraturan power bank. Ketahui cara betul bawa power bank ke pesawat

TAGS:Jalankeselamatan

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.