BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Haji & Umrah

Pelan Haji CelcomDigi: RM138 untuk Internet 50 Hari

Hanif Azrai
Hanif Azrai
21 April 20252 min read
Pelan Haji CelcomDigi: RM138 untuk Internet 50 Hari

Musim Haji 2025 bermula tak lama lagi. Kalau anda, kenalan, ataupun saudara mara terpilih untuk tunaikannya pada tahun ini, maklumat ini penting buat anda. CelcomDigi mereka perkenalkan produk roaming khas untuk jemaah haji Malaysia. CelcomDigi 50-Day Unlimited Hajj Pass & Pack tawarkan kuota tanpa had dan panggilan masuk percuma sepanjang ibadat anda.

@nepazrai

Pergi Haji tanpa risau kos roaming. CelcomDigi tawar pelan 50 hari dengan data tanpa had. Daftar sebelum atau semasa di Mekah. #haji2025 #celcomdigi #fyp @Tabung Haji @CelcomDigi

♬ original sound – nepazrai – nepazrai

Jadi bolehlah anda kekal berhubung dengan yang tersayang di tanah air dan elakkan sebarang kejutan bil bila pulang nanti.

CelcomDigi 50-Day Unlimited Haji Pass & Pack

Produk roaming Haji CelcomDigi ini hadir dalam dua bentuk. Satu adalah pas roaming yang boleh dilanggan pelanggan CelcomDigi dan satu lagi dalam bentuk pek SIM yang boleh dibeli sesiapa sahaja.

Jemaah yang bukan pelanggan CelcomDigi, boleh dapatkan CelcomDIgi 50-Day Unlimited dalam bentuk pek SIM di Kursus Perdana Haji dan mana-mana outlet CelcomDigi pada harga RM143.

Buat pelanggan sedia ada, pas yang sama boleh dilanggan menerusi aplikasi Celcom Life ataupun MyDigi atuapun guna kod USSD *800#. Langganan jenis pas ditawarkan pada harga RM138.

Roaming CelcomDigi 50-Day Unlimited Hajj berikan pelanggan kuota tanpa had berkelajuan tinggi sebanyak 150GB dan sekiranya melangkaui peruntukkan, kelajuan diturunkan kepada 1Mbps. Capaian Internet sah dalam tempoh 50 hari selepas pengaktifan.

Selain daripada kuota Internet, jemaah Haji juga terima manfaat panggilan masuk tanpa had secara percuma. Sepanjang keberadaan jemaah di Arab Saudi, mereka haruslah sambung kepada salah satu daripada 3 telco ini untuk menikmati sambungan Internet:

  • Mobily
  • STC
  • Zain KSA

Promo ini berjalan bermula 10 April hingga 30 Jun 2025. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut. Sebagai alternatif, anda boleh baca himpunan pelan roaming untuk Arab Saudi daripada telco-telco lain juga.

Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar paling berbaloi Arab Saudi

TAGS:HajiIbadattelco

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

18 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 05

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
18 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 04

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
17 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 03

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.