BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

PCB LHDN Dijelaskan: Kenapa Gaji Anda Dipotong

Hanif Azrai
Hanif Azrai
3 Januari 20264 min read
PCB LHDN Dijelaskan: Kenapa Gaji Anda Dipotong

Anda dapat kerja full-time ataupun baru naik gaji. Mestilah teruja untuk periksa gaji anda yang baru dalam akaun bank. Tapi anda perasan jumlahnya tak cukup. Bila periksa slip gaji, ada bahagian PCB atuapun Potongan Cukai Bulanan (PCB). Buat yang baharu melangkah ke alam pekerjaan, itu adalah cukai pendapatan yang ditolak secara automatik oleh majikan dan dibayar kepada LHDN.

  • Cara majikan kira PCB LHDN
    • Cara kira anggaran pendapatan bercukai tahunan
    • Cara kira jumlah pelepasan cukai yang dibenarkan
  • Kenapa e-filing LHDN penting

PCB mungkin nampak rumit tapi asasnya ia adalah amaun cukai yang dibayar dahulu secara prepaid kepada kerajaan. Berapa jumlah potongan bulanan pula bergantung kepada lingkungan pendapatan seperti yang diumumkan kerajaan dan setiap banjaran ada peratusannya yang tersendiri. Ideanya mudah saja, lebih banyak wang masuk, lebih tinggi cukai kena bayar.

Berikut adalah banjaran cukai pendapatan LHDN untuk tahun taksiran 2025.

Kumpulan Banjaran Pendapatan (RM) Kadar Cukai Bahagian Cukai (RM)
A0 – 5,0000%0
B5,001 – 20,0001%150
C20,001 – 35,0003%600
D35,001 – 50,0006%1,500
E50,001 – 70,00011%3,700
F70,001 – 100,00019%9,400
G100,001 – 400,00025%84,400
H400,001 – 600,00026%136,400
I600,001 – 2,000,00028%528,400
JLebih 2,000,00030%528,400 + 30% untuk setiap RM1 selepas RM2 juta

Contohnya, jika gaji tahunan anda adalah RM60,000:

  • RM50,000 pertama dikira berdasarkan lingkungan terdahulu iaitu RM1,500
  • Baki RM10,000 dikenakan 11% iaitu RM1,100
  • Cukai pendapatan untuk tahun 2025 anda adalah RM2,600

Itu cara majikan kira secara kasar berapa banyak perlu ditolak. Tapi mereka tak tolak secara pukal sebaliknya dibahagikan sepanjang 12 bulan untuk dapatkan amaun kira-kira RM217 dan dihantar kepada LHDN dalam bentuk PCB. Namun kiraan terdapat banyak faktor lain yang boleh pengaruhi PCB sama ada boleh turun ataupun naik.

Cara majikan kira PCB LHDN

PCB dikira menggunakan formula tetap yang dikeluarkan pihak LHDN. Majikan tak agak-agak pun jumlah yang perlu dipotong. Berikut adalah formula kira PCB formula daripada LHDN.

PCB=[TD×(M−K)12]−Z−RM−CP38\text{PCB} = \left[\frac{\text{TD} \times (\text{M} – \text{K})}{12}\right] – \text{Z} – \text{RM} – \text{CP38}

Dengan:

  • TD = kadar cukai tahunan mengikut banjaran pendapatan tahunan
  • M = anggaran pendapatan bercukai tahunan
  • K = jumlah pelepasan cukai yang dibenarkan (pelepasan individu, KWSP, SOCSO, EIS, pasangan, pelepasan anak)
  • Z = potongan zakat
  • RM = rebat bulanan yang dibenarkan
  • CP38 = potongan bulanan yang diarahkan oleh LHDN

Cara kira anggaran pendapatan bercukai tahunan

M=(YG×12)+B+OT+komisen+lain-lain pendapatan bercukaiM = (YG \times 12) + B + OT + \text{komisen} + \text{lain-lain pendapatan bercukai}

Dengan:

  • YG = pendapatan bulanan bercukai
  • B = bonus tahunan
  • OT = bayaran lebih masa bercukai

Cara kira jumlah pelepasan cukai yang dibenarkan

Jumlahkan:

  • pelepasan peribadi
  • caruman KWSP
  • caruman SOCSO + EIS
  • pelepasan pasangan
  • pelepasan anak

Urutan kira Potongan Cukai Bulanan

  • Kira M – K untuk dapatkan pendapatan tahunan yang perlu dicukai.
  • Rujuk jadual banjaran cukai LHDN dan kira TD × (M − K).
  • Bahagikan Potongan Cukai Tahunan dengan 12 untuk dapatkan Potongan Cukai Bulanan.
  • Tolak potongan bulanan dengan Z, RM, dan CP38 untuk dapatkan potongan akhir PCB.

Kalau nak lagi mudah, LHDN ada sediakan Kalkulator Tahun Taksiran yang boleh dimuat turun.

Kenapa e-filing LHDN penting

Di akhir tahun kewangan, anda masih perlu lakukan e-filing. Di sinilah anda laporkan pendapatan anda yang sebenar termasuklah bonus dan sebarang pelepasan seperti yang digariskan pihak LHDN. Tujuannya adalah untuk anda bandingkan cukai sebenar selepas segala pelepasan diambil kira dengan PCB anda.

  • Sekiranya pelepasan cukai sebabkan anda turun ke braket lebih rendah, cukai anda juga akan berkurangan.
  • Sekiranya PCB anda melebihi cukai sebenar, LHDN akan pulangkan lebihan
  • Sekiranya PCB anda kurang daripada cukai sebenar, anda perlu bayar perbezaannya.

Sebagai contoh, PCB anda adalah berjumlah RM2,600 tapi selepas dimasukkan pelepasan, PCB sebenar anda dalah RM2,200. Jadinya anda akan dapat semula RM400. Begitulah sebaliknya. e-filing akan pastikan anda bayar cukai dalam jumlah yang tepat, tak kurang tak lebih.

TAGS:lhdn

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.