BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Haji & Umrah

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 01

Hanif Azrai
Hanif Azrai
17 November 20253 min read
Nota Kursus Asas Haji: Minggu 01

Kemas kini September 2025

Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober 2025. Untuk maklumat anda. Kursus Asas Haji diadakan dalam 12 minggu dengan 2 minggu terakhir wajib dihadiri secara fizikal dengan tajuk Kesihatan (Minggu 11) dan Pengurusan (Minggu 12) bagi mengelakkan kekeliruan.

KAH Minggu 01 mendukung tajuk “Sejarah & Pengenalan Tanah Suci Mekah & Madinah”. Berikut adalah intipati yang akan jemaah pelajari.

Asal-usul Makkah
Kisah Nabi Ibrahim, Hajar, dan Ismail. Perintah Allah supaya Ibrahim tinggalkan keluarganya di lembah gersang. Doa Ibrahim minta rezeki dan keberkatan. Peristiwa lahirnya air Zamzam selepas Hajar berlari antara Safa dan Marwah.

Perkembangan Makkah
Kedatangan suku Jurhum, Khuza’ah, Quraisy, hingga kelahiran Rasulullah dan pembukaan Makkah pada tahun 8H.

Kelebihan Tanah Haram
Solat digandakan 100,000, tiada waktu larangan solat, tempat mustajab doa seperti Multazam, Hijr Ismail, Maqam Ibrahim.

Sejarah Kaabah
Binaan para malaikat, Nabi Adam, Nabi Syith, Nabi Ibrahim, pembinaan Quraisy ketika Nabi berumur 35 tahun. Struktur Kaabah diterangkan dengan jelas bersama komponen seperti Hajar Aswad, Multazam, Syazarwan, dan Hijr Ismail.

Air Zamzam
Kisah asal, kelebihan, adab minum, dan hadis tentang keistimewaannya.

Masya’ir Haji
Arafah, Muzdalifah, Mina. Setiap lokasi diterangkan dengan fungsi, jarak dan makna.

Madinah
sejarah Yathrib, pembinaan Masjid Quba’, Masjid Nabawi, Masjid Qiblatain, serta tempat ziarah seperti Uhud, Baqi’, dan lokasi peperangan.

Adab di Makkah dan Madinah
jaga akhlak, sabar, syukur, elak pertengkaran, perbanyakkan ibadat.

Senarai video rujukan Kursus Asas Haji Minggu 01

  • Sejarah Tanah Suci Makkah
  • Adab dan Kelebihan Tanah Haram Makkah
  • Sejarah Kaabah & Masjidil Haram
  • Kawasan Masya'ir
  • Sejarah Madinah

Untuk alternatif, jemaah boleh muat turun versi PDF menggunakan pautan ini. Kami juga himpunkan semua nota Kursus Asas Haji sepanjang 10 minggu pembelajaran.

Sejarah Tanah Suci Makkah

Adab dan Kelebihan Tanah Haram Makkah

Sejarah Kaabah & Masjidil Haram

Kawasan Masya’ir

Sejarah Madinah

TAGS:Hajitips & tricks

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

18 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 05

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
18 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 04

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
17 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 03

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.