BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

LHDN e-Filing: Nak Elak Bayar Cukai Lebih? Baca Ini

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Author

28 Februari 20264 min read
LHDN e-Filing: Nak Elak Bayar Cukai Lebih? Baca Ini

Bulan Mac setiap tahun adalah musim cukai rakyat Malaysia. Masuk saja bulan itu, kita akan serbu portal LHDN e-filing untuk kemas kini maklumat pendapatan. Untuk yang tiada ilmu, e-filing bunyi macam renyah. Artikel ini ada terangkan siapa yang perlu failkan e-filing, dokumen apa kena sediakan, dan macam mana untuk optimumkan pulangan cukai LHDN anda.

  • Perlukah anda daftar dan failkan cukai pendapatan?
  • Borang cukai apa yang perlu anda failkan
  • Pelepasan cukai yang jangan anda lepaskan
    • Pelepasan Ibu Bapa
    • Pelepasan takaful dan insurans
    • Pelepasan gaya hidup
    • Pelepasan peralatan susu badan
    • Pelepasan untuk prasekolah dan pusat jagaan
    • Pelepasan simpanan SSPN-i
    • Rebat ke atas zakat
  • Perlukah anda hantar resit?

Perlukah anda daftar dan failkan cukai pendapatan?

Menurut panduan LHDN, semua rakyat Malaysia perlu daftar dengan LHDN untuk dapatkan nombor cukai pendapatan. Bila ada nombor cukai pendapatan, mereka wajib untuk failkan cukai pendapatan sekiranya pendapatan tahunan selepas penolakan KWSP adalah sebanyak RM34,000.

Contohnya, gaji tahunan anda sebelum EPF adalah berjumlah RM38,202 dan potongan cukai bulanan anda ialah berjumlah RM4,202 (11% penolakan sebulan). Jadi, pendapatan tahunan anda adalah kira-kira RM34,000. Dalam situasi ini, anda wajib untuk failkan cukai.

Walau bagaimanapun, kalau gaji selepas penolakan anda adalah kurang daripada RM34,000 anda masih boleh lakukan e-filing sebagai persediaan pada masa hadapan bila gaji anda melepasi banjaran minimum.

Anda boleh baca tentang Potongan Cukai Bulanan (PCB) dalam artikel kami yang terdahulu.

Borang cukai apa yang perlu anda failkan

Borang cukai yang anda perlu hantar bergantung kepada punca pendaptan anda. Pekerja swasta perlu guna Borang EA sementara kakitangan kerajaan gunakan borang BE dan EC.

Untuk individu yang bekerja sendiri atau yang pendapatannya berdasarkan komisen seperti ejen insurans, ejen MLM, penasihat unit amanah, dan broker saham, mereka perlukan borang CP58 daripada syarikat yang membayar mereka.

Kemudian, pembayar cukai yang makan gaji, tarikh akhir untuk failkan cukai adlaah 30 April 2026. Individu yang pendapatannya adalah berdasarkan komisen, Borang B perlu dihantar kepada LHDN sebelum 30 Jun 2026.

Pelepasan cukai yang jangan anda lepaskan

Pelepasan cukai boleh kurangkan pendapatan bercukai anda dan akhir sekali akan kurangkan jumlah cukai yang perlu anda bayar. Berikut adalah beberapa pelepasan cukai yang perlu rakyat Malaysia tahu.

Pelepasan Ibu Bapa

Anda boleh dapat pelepasan cukai untuk ibu bapa kandung ataupun ibu bapa angkat berumur 60 tahun dan ke atas dan yang tinggal di Malaysia. Syaratnya adalah pendatan tahunan mereka tidak melebihi RM24,000 setiap seorang. Pelepasannya adalah RM1,500 untuk seorang. Pelepasan juga boleh diperoleh untuk perbelanjaan kesihatan dan perubatan.

Pelepasan takaful dan insurans

Insurans seperti nyawa, pendidikan, dan perubatan boleh dituntut. Anda boleh tuntut penolakan ke atas premium bulanan yang anda bayar untuk diri sendiri ataupun pasangan. Premium untuk polisi anak tidak boleh ditolak dan sentiasa semask penyatan tahunan kerana ada bahagian premium yang tidak boleh dituntut.

Pelepasan gaya hidup

Pelepasan cukai untuk gaya hidup meliputi barangan seperti telefon pintar, laptop, tablet, buku (termasuk langganan dalam talian), langganan Internet, peraltan sukan, dan keahlian gym. Pelepasan maksimum ditetapkan pada RM2,500.

Pelepasan peralatan susu badan

Untuk wanita, peralatan susu badan untuk anak berumur 2 tahun ke bawah ada pelepasannya. Alat seperti kit pam, peralatan menyimpan susu, dan penyejuk. Tuntutan maksimum adalah RM1,000 tak mengira bilangan anak.

Pelepasan untuk prasekolah dan pusat jagaan

Ibu bapa yang ada anak kurang daripada 6 tahun boleh tuntut pelepasan ke atas yuran prasekolah dan pusat jagaan. Syaratnya adalah institut tempat mereka hantar anak wajib didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ataupun Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelepasan maksimum adalah RM1,000.

Pelepasan simpanan SSPN-i

Ibu bapa yang ada carum simpanan SSPN-i untuk anak, mereka boleh mohon pelepasan sehingga RM8,000. Amaun yang boleh dituntut adalah berdasarkan simpanan yang ada.

Rebat ke atas zakat

Sebarang pembayaran zakat boleh terima rebat cukai. Contoh zakat adalah seperti zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat simpanan, dan zakat emas. Jangan lupa untuk simpan semua resit rasmi pembayaran untuk rujukan di kemudian hari.

Perlukah anda hantar resit?

Tidak. LHDN tak perlukan resit transaksi sewaktu e-filing. Walau bagaimanapun, anda perlu simpan semua dokumen untuk tujuan audit rambang.

Lakukan persediaan awal untuk e-filing dalam bulan Mac boleh bantu kurangkan kesalahan, kurangkan tekanan, dan bantu anda maksimumkan potensi pulangan cukai.

Tags
#berita

No comments yet

Leave a Reply

Continue reading

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…
Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…
Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…
Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.