BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Haji & Umrah

Kursus Asas Haji 2025: Nota PDF dan audio MP3 minggu 8

Hanif Azrai
Hanif Azrai
7 Disember 20245 min read
Kursus Asas Haji 2025: Nota PDF dan audio MP3 minggu 8

Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Bagi musim Haji 2025, jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.

Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim

Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.

  • Minggu 01: Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah
  • Minggu 02: Falsafah Penyucian Jiwa
  • Minggu 03: Rukun Haji
  • Minggu 04: Wajib Haji
  • Minggu 05: Jenis dan Cara Mengerjakan Haji
  • Minggu 06: Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat
  • Minggu 07: Fiqh Wanita
  • Minggu 08: Ibadat Umrah, Niat Bersyarat
  • Minggu 09: Kesihatan dan Haji
  • Minggu 10: Pengurusan Haji

Minggu 8: Ibadah Umrah, Niat Bersyarat

  • Pengertian, Rukun, dan Wajib Umrah
  • Niat Ihram Umrah
  • Larangan Ihram Umrah
  • Tawaf
  • Sa’ie
  • Barcukur dan Tertib
  • Cara mengerjakan Umrah
  • Niat Ihram Bersyarat
  • Tawaf Wada’

Pengertian, Rukun, dan Wajib Umrah

Pengertian umrah

Mengunjungi Kaabah di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya. Tidak lengkap rukun umrah, maka tidak sah ibadah umrah.

Rukun umrah

  • Niat
  • Tawaf
  • Saie
  • Bergunting/Bercukur
  • Tertib

Wajib Umrah (perlu bayar dam jika ditinggalkan)

  • Niat Ihram di Miqat
  • Larangan Ihram

📝 PDF
🔊 MP3

Niat Ihram Umrah

Pakaian Ihram (Lelaki)

  • Dua helai kain lepas (tak bercantum)
  • Sehelai dipakai untuk tutup aurat (pusat ke lutut)
  • Sehelai dibuat selendang
  • Idtiba’ (nampak bahu kanan) hanya sunat dipakai semasa tawaf yang diiringi saie sahaja atau semasa saie sahaja
  • Selipar / alas kaki yang nampakkan kelima-lima jari

Pakaian Ihram (Wanita)

  • Hendaklah menutup semua anggota tubuh selain muka dan dua pergelangan tangan
  • Tidak nampak bentuk badan
  • Elak daripada bersolek tanpa keperluan – elak fitnah dan riak
  • Disyorkan pakai stoking tebal dan panjang supaya tidak nampak aurat
  • Elak daripada pakai cermin mata besar sehingga menutupi muka

Sunat Ihram

  • Sebelum Niat
  • Semasa Niat
  • Selepas Niat

Niat & Miqat Ihram

  • Niat
  • Miqat

📝 PDF
🔊 MP3

Larangan Ihram Umrah

Larangan Ihram yang perlu dijaga dan sekiranya terlanggar, boleh dikenakan dam.

📝 PDF
🔊 MP3

Tawaf

Tawaf adalah aktiviti mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama mengikut syarat-syaratnya.

Syarat sah tawaf

  • Yakin cukup 7 pusingan
  • Mengekalkan niat tawaf sepanjang tawaf
  • dilakukan di dalam masjidil Haram dan di luar binaan asal Kaabah
  • Berjalan ke hadapan dengan Kaabah di sebelah kiri
  • Bermula dan berakhir pada sudut Hajarul Aswad
  • Suci badan, pakaian, dan tempat tawaf daripada najis
  • Berwudhu
  • Menutup Aurat

📝 PDF
🔊 MP3

Sa’ie

Sa’ie adalah aktiviti berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukiit Marwah menurut syarat-syaratnya

Syarat sah Sa’ie

  • Dilakukan selepas tawaf
  • Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah
  • Yakin 7 kali ulang alik
  • Hendaklah sampai hujung Bukit Safa dan Bukit Marwah
  • Hendaklah melakukan Saie di tempat ditetapkan
  • Mengekalkan niat Sa’ie

📝 PDF
🔊 MP3

Barcukur dan Tertib

Bercukur adalah aktiviti selepas Sa’ie yang melibatkan menganggalkan atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan syarat-syarat sahnya.

Syarat Sah

  • Selepas sa’ie
  • Rambut di kepala
  • Tidak kurang 3 helai rambut

Tertib adalah apabila proses umrah dilakukan mengikut aturan yang telah ditetapkan. Rukun Umrah ialah:

  • Niat
  • Tawaf
  • Sa’ie
  • Bergunting / Bercukur

📝 PDF
🔊 MP3

Cara mengerjakan Umrah

Sebelum berniat

  • Mandi sunat ishram
  • Pakai pakaian ihram
  • Sembahyan sunat ihram

Di Miqat

  • Niat ihram umrah
  • niat umrah di miwat

Selepas niat sehingga bergunting

  • menjaga larangan dalam masa berihram

Selepas niat sehingga mula tawaf

  • talbiah

Di Baitullah

  • Tawaf umrah

Di Mas’a

  • Sa’ie umrah

Di Marwa / di mana-mana

  • Bercukur atau bergunting
  • Tertib laksanakan semua rukun

📝 PDF
🔊 MP3

Niat Ihram Bersyarat

📝 PDF
🔊 MP3

Tawaf Wada’

📝 PDF
🔊 MP3

Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.

TAGS:Hajihaji & umrahumrah

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

18 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 05

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
18 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 04

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
17 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 03

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.