BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Haji & Umrah

Kursus Asas Haji 2025: Nota PDF dan audio MP3 minggu 1

Hanif Azrai
Hanif Azrai
31 Oktober 20244 min read
Kursus Asas Haji 2025: Nota PDF dan audio MP3 minggu 1

Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.

Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim

Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.

  • Minggu 01: Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah
  • Minggu 02: Falsafah Penyucian Jiwa
  • Minggu 03: Rukun Haji
  • Minggu 04: Wajib Haji
  • Minggu 05: Jenis dan Cara Mengerjakan Haji
  • Minggu 06: Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat
  • Minggu 07: Fiqh Wanita
  • Minggu 08: Ibadat Umrah, Niat Bersyarat
  • Minggu 09: Kesihatan dan Haji
  • Minggu 10: Pengurusan Haji

Kursus Asas Haji 2025: Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah

Subtopik 1: Sejarah Tanah Suci Makkah

Jemaah akan mengenal lokasi Jabal Arafah (Jabal Rahmah) di Makkah tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa setelah turun ke bumi.

Seterusnya, jemaah pelajari sejarah Nabi Ibrahim, Siti Hajar, dan Nabi Ismail. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk meninggalkan isteri, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail di sebuah lembah yang tandus. Lembah tersebut kemudiannya menjadi Makkah. Nabi Ibrahim mendoakan keberkatan Mekah dan membina Kaabah.

Siti Hajar dan Nabi Ismail menetap di Makkah sebagai pengasas. Suku Jurhun yang singgah dalam perjalanan berdagang meminta izin untuk bermukim. Jadi, Nabi Ismail membesar bersama kaun Jurhum dan berkahwin dalam kalangan mereka.

Jemaah dibawah fast forward ke zaman kegemilangan Quraisy dan kelahiran Rasulullah. Qusay bin Kilab, penjaga Kaabah berjaya menyaukan suku Arab menjadi satu bangsa (Qabilah Quraisy) yang disegani. Rasulullah dilahirkan semasa zaman kegemilangan Quraisy di bawah pipinan datuknya, Abdul Mutalib.

📝 PDF
🔊 MP3

Subtopik 2: Adab & Kelebihan Tanah Haram Makkah

Jemaah akan meneliti senarai adab di Tanah Haram, kelebihan Tanah Haram, dan mengenal pasti lokasi mustajab untuk berdoa.

📝 PDF
🔊 MP3

Subtopik 3: Sejarah Kaabah & Masjidil Haram

Kaabah adalah struktur yang paling penting dalam Masjidil Haram. Kaabah telah dibina 3 kali. Sebelum Nabi Ibrahim, kaabah pernah dibina oleh malaikat, Nabi Adam, dan kemudian Nabi Seth.

Dimensi kaabah Nabi Ibrahim adalah 14 meter panjang, 12 meter lebar, dan 11 meter tinggi. Terdapat operasi pembinaan semula kaabah oleh bangsa Quraisy ketika nabi Muhammad berumur 35 tahun.

Baitulmakmur adalah tempat ibadah malaikat. Ia letaknya selari dengan kaabah, tetapi di langit ke tujuh.

Pembesaran Masjidil Haram berterusan daripada masa ke masa oleh penguasa Tanah Haram, sehingga sekarang.

📝 PDF
🔊 MP3

Subtopik 4: Kawasan Masya’ir

Jamaah dimaklumkan tentang kawasan Masya’ir ataupun kawasan yang terlibat sewaktu mengerjakan haji. Masya’ir terdiri daripada 4 iaitu Makkah, Mina, Muzdalifah, dan Arafah.

📝 PDF
🔊 MP3

Subtopik 5: Sejarah Madinah

Sejarah Madinah dipelajari secara ringkas koleh jemaah bermula dengan penubuhan Yathrib oleh Yathrib ibn ‘Ubayi ibn ‘ibadh. Yatrib kemudiannya berkembang menjadi kota besar yang didiami orang Yahudi.

Rasulullah berhijrah ke Yathrib dan membina masjid Quba iaitu masjid pertama dibina dalam sejarah Islam. SOlat dalam masjid Quba bersamaan dengan satu pahala umrah.

Bila pengikut semakin ramai, Rasulullah beli pula sebidang tanah daripada 2 orang anak yatim sebanyak 10 Dirham untuk bina Masjid Nabawi.

Nama Yahthrib ditukar kepada Madinah.

Di Madinah juga, Rasulullah menerima wahyu untuk tukarkan kiblat solat daripada Baitulmaqdis ke Masjidil Haram.

📝 PDF
🔊 MP3

Bacaan berkaitan

Musim Haji 2025: Tarikh terbang & lokasi untuk diingat
Musim Haji 2025: 7 e-buku percuma Haji & Umrah
Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim
Persiapan musim Haji tahun 2025 / 2026 bermula sekarang

TAGS:Hajihaji 2025kursus asas hajikursus asas haji 2025Tabung Haji

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

18 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 05

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
18 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 04

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
17 November 2025

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 03

Kemas kini September 2025 Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.