BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Kos Haji 2026 dan cara semak tawaran oleh Tabung Haji

Hanif Azrai
Hanif Azrai
22 Oktober 20253 min read
Kos Haji 2026 dan cara semak tawaran oleh Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan kos haji untuk musim 1447H/2026M kekal pada RM33,300 seorang. Kos selepas subsidi dilihat kekal walaupun pihak TH laporkan harga penginapan dan perkhidmatan di Makkah dan Madinah terus meningkat. Bagi merealisasikan kos haji 2026 yang minimum, TH akan menanggung kira-kira RM210 juta bantuan kewangan untuk musim ini.

Ini kos haji 2026 menurut TH

Seperti biasa, bayaran haji dibahagikan kepada tiga kategori mengikut kumpulan pendapatan. Pecahannya adalah seperti berikut:

  • B40 dikenakan bayaran sebanyak RM15,000
  • M40 dikenakan bayaran sebanyak RM23,500
  • T20 dikenakan bayaran sebanyak RM33,300

B40 menerima subsidi paling banyak iaitu RM17,300 dan RM1,000 adalah bantuan tambahan daripada kerajaan untuk jadikan subsidi keseluruhan adalah 55% daripada kos. M40 pula terima subsidi sebanyak RM9,800 iaitu 55% daripada kos keseluruhan. Akhir sekali, T20 perlu bayar kos penuh kerjakan haji.

Kumpulan Bayaran Sendiri Subsidi Tabung Haji (TH) Bantuan Kerajaan Jumlah Subsidi Peratus Bayaran Sendiri Peratus Subsidi
B40 (penerima Sumbangan Tunai Rahmah) RM15,000 RM17,300 RM1,000 RM18,300 45% 55%
M40 RM23,500 RM9,800 – RM9,800 71% 29%
T20 (pendapatan RM15,000 ke atas) RM33,300 – – – 100% 0%

Kos haji 2026 kekal kerana kecekapan TH

TH telah mengambil beberapa langkah strategik bagi mengekalkan kos mengerjakan haji pada paras optimum. Antaranya adalah tempahan awal untuk bangunan penginapan di Madinah dan Mekah serta menandatangani kontrak jangka panjang untuk lindungi jemaah daripada inflasi yang melanda pasaran semasa.

Seperti yang dilapor sebelum ini, TH juga telah melanjutkan kontrak penerbangan dengan Saudia sehingga 2029 dalam bulan Februari 2025 lalu. Sekiranya bilangan jemaah haji 2026 kekal sama seperti tahun sebelumnya, kita boleh jangkakan sekitar 16,000 jemaah akan terbang bersama Saudia tahun depan.

Untuk rujukan anda, Malaysia menerima slot mengerjakan haji sebanyak 31,600 untuk musim 2025.

Surat tawaran haji 2026 mulai 24 Oktober 2025

TH turut memberitahu yang mereka akan mula menghantar surat tawaran mengerjakan haji musim 2026 mulai 24 Oktober 2025. Program rayuan pula akan dibuka 3 November 2025 melalui platform THiJARI. Ia adalah lebih awal berbanding biasa. Sebagai perbandingan, program rayuan untuk musim 2025 dibuka dalam bulan Januari 2025.

Antara kriteria yang akan dipertimbang TH daripada rayuan adalah:

  • Berapa lama dah daftar haji
  • Umur pemohon
  • Purata baki simpanan di TH
  • Berapa kali buat rayuan sebelum ini

Semua pendaftar TH yang ingin mengerjakan haji wajib ada simpanan minimum sebanyak RM15,000 untuk layak dapat tawaran atau buat rayuan.

Cara untuk periksa tawaran Haji 2026

Tawaran mengerjakan haji boleh diperiksa melalui aplikasi THiJARI. Ia ditawarkan dalam bentuk laman web, Android ataupun iOS. Di laman web, anda boleh log masuk ke THiJARI dan pergi ke laman utama akaun anda.

Cari butang Perkhidmatan Haji di toolbar sebelah kiri. Dalam laman Perkhidmatan Haji, cari butang Semak Tawaran Haji untuk periksa sama ada anda berjaya ditawarkan untuk kerjakan haji musim ini. Sekiranya tidak, butang Rayuan Haji juga ada untuk kemudahan.

Sumber: Tabung Haji

TAGS:Hajihaji & umrahTabung Haji

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.