BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

KK Mart bayar gaji guna TNG eWallet, apa kelebihannya?

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Author

22 April 20262 min read
KK Mart bayar gaji guna TNG eWallet, apa kelebihannya?

Pembayaran upah atau gaji patutnya straight-foward sahaja bukan? Tapi buat ramai pekerja asing di Malaysia, ia tak semudah disangka kerana majoritinya tak punyai akaun bank dan majikan seperti KK Mart pula tiada mahu bawa wang tunai berkepok-kepok pada hari gaji atas sebab keselamatan.

Dengan kerjasama baharu antara KK Mart dan TNG Digital, TNG eWallet kini telah jadi saluran untuk bayar gaji kakitangan rantaian kedai runcit tersebut di seluruh negara.

Pekerja KK Mart terima gaji dalam TNG eWallet

KK Mart telahpun mula gunakan TNG eWallet untuk bayar gaji pekerja asing mereka di seluruh negara. Tak lagi guna tunai ataupun perpindahan bank, pekerja terlibat terima perpindahan wang terus ke dalam dompet digital mereka.

KK Mart bukannya satu-satunya majikan yang melakukannya. Menurut TNG Digital, lebih 160,000 pekerja asing turut menerima gaji menggunakan cara ini dan lebih RM4.8 billion upah telah dibayar menggunakan TNG eWallet.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) beri lampu hijau

Cara bayar gaji sebegini telahpun diperakukan sah oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sejak Ogos 2024. Hal ini bermakna, majikan boleh gunakan edompet sebagai salah satu kaedah bayar gaji dalam sistem payroll mereka.

Terima gaji dalam TNG eWallet memudahkan

Sebagai pengendali edompet yang ada paling banyak pengguna, terima gaji ke dalam TNG eWallet ada manfaatnya. Pengguna boleh terus gunakan wang untuk berbelanja di kedai fizikal ataupun secara dalam talian. Kalau nak pindahkan wang pun mudah saja dengan DuitNow ataupun hantar wang ke kampung halaman gunakan perkhidmatan remittance. Kalau perlukan wang tunai, kad TNG Visa boleh digunakan di mana-mana ATM terdekat.

Kenapa KK Mart nak bayar gaji guna TNG eWallet?

Buat majikan, cara baharu pembayaran ini mempercepat pemerosesan gaji tanpa melalui bank tradisional. KK Mart juga tak perlu kendalikan wang yang banyak dan seterusnya kurangkan kerja-kerja pengkeranian. Aliran tunai pun mudah dijejak guna aplikasi TNG eWallet.

Tags
#berita#tng#tng ewallet

No comments yet

Leave a Reply

Continue reading

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…
Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…
Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…
Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.