BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Jimat bil TNB anda dengan peralatan elektrik 5 bintang

Hanif Azrai
Hanif Azrai
17 Julai 20254 min read
Jimat bil TNB anda dengan peralatan elektrik 5 bintang

TNB sejak dua menjak ini galak promosikan amalan jimat tenaga. Mereka korek semula arkib video 10 tahun lepas. Salah satu video yang mereka kedepankan semula adalah “Peralatan elektrik 5 bintang memberikan penjimatan 5 bintang”. Ia mempromosikan penggunaan elektrik 5 bintang untuk minimumkan kos elektrik.

Pengguna di Semenanjung Malaysia sudahpun dikenakan tarif TNB baru mulai Julai 2025. Secara ringkasnya kadar rata tarif naik kepada 45.4 sen/kWh ataupun 13.6% lebih tinggi daripada kadar sebelum ini. Untuk mengurangkan kesan kenaikkan, mereka perluaskan pula skim Time-of-Use (ToU) kepada pengguna domestik yang kenakan kadar berubah-ubah ikut waktu guna kepada pengguna.

Tarif baharu TNB 2025, domestik am dan domestik ToU

Walaupun TNB kata yang struktur tarif baharu tak beri kesan pada majoriti pengguna, namun aktiviti TNB giat mempromosikan semula amalan jimat tenaga memberi gambaran yang kos elektrik pengguna akan meningkat dalam masa terdekat. Ia lantas jadikan tabiat berjimat cermat dalam mengguna elektrik bukan lagi pilihan, sebaliknya keperluan.

Kenapa perlu guna peralatan elektrik 5 bintang?

Peralatan elektrik 5 bintang adalah kaedah paling mudah untuk jimat bil elektrik. Hal ini kerana, ia telah diuji dan disahkan oleh pihak berkuasa yang ia gunakan tenaga secara cekap berbanding peralatan yang ada bilangan bintang lebih rendah. Label Cekap Tenaga (Energy Efficiency Label) telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam tahun 2006 untuk bantu pengguna lakukan pilihan bijak bila mencari peralatan elektrik jimat tenaga.

Label itu gunakan sistem bilangan bintang untuk merujuk pada kecekapan tenaga.

  • ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ = paling cekap tenaga
  • ⭐️ = paling tak cekap tenaga.

Bersama-sama dengan Label Cekap Tenaga, maklumat anggaran penggunaan tenaga (kWh) untuk setahun juga dipaparkan untuk mudahkan anda lakukan perbandingan dengan alat 5 bintang yang lain. Ada 5 kategori alat elektrik yang akan diberikan Label Cekap Tenaga oleh ST dan mereka adalah:

  • Peti sejuk
  • Kipas
  • TV
  • Pendingin hawa
  • Mesin basuh

Sebab lain kenapa anda perlu guna peralatan elektrik 5 bintang adalah anda boleh selamatkan alam sekitar kerana jejak karbon anda dikecilkan oleh peralatan cekap tenaga. Selain itu, kebanyakan peralatan elektrik 5 bintang ada teknologi tekini, lebih senyap, dan ada prestasi lebih baik keseluruhannya.

Cara mudah cari peralatan 5 bintang

ST ada satu pengkalan data komprehensif yang mengandungi semua peralatan elektrik 5 bintang yang dijual di dalam Malaysia.

Anda boleh pergi ke laman web rasmi mereka dan lakukan carian. Lebih menarik, ada filter yang boleh dimanfaatkan untuk carian berdasarkan:

  • kategori peralatan
  • jenama
  • model
  • bilangan bintang
Peralatan elektrik 5 bintang jimat tenaga

Bila anda dah dapatkan model yang sesuai, anda boleh lakukan carian di Lazada, Shopee, ataupun pergi ke kedai fizikal untuk lakukan pembelian. Ingat, sentiasa periksa Label Cekap Tenaga sewaktu memilih barangan elektrik dan jangan lupa juga untuk cakna dengan program rebat yang sedang berjalan.

Contohnya, SAVE 4.0 baru-baru ini berikan e-Rebat sebanyak RM400 untuk pembelian pendingin hawa dan peti sejuk yang ada Label Cekap Tenaga 4 bintang dan 5 bintang. Program itu telah tamat pada 1 Februari 2025 lalu. Namun, tak mustahil edisi yang seterusnya akan diumumkan tak lama lagi.

Program Save 4.0 Sustainability Achieved Via Energy Efficiency.

Anda boleh pergi ke laman rasmi Suruhanjaya Tenaga untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

  • EEI tarif TNB 2025: Ini penjelasan rebat bil elektrik RM73.50
  • Tiada caj AFA untuk bil TNB Julai 2025 anda
  • Tarif ToU: Apakah ia & cara mohon daripada TNB
  • Tarif TNB baharu Julai 2025: Ini semua perlu anda tahu
TAGS:TNB

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.