BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Telco

Hotlink naikkan harga pelan unlimited – tapi ada berita baik

Hanif Azrai
Hanif Azrai
14 Mac 20252 min read
Hotlink naikkan harga pelan unlimited – tapi ada berita baik

Hotlink laporkan yang mereka kemas kini penawaran prabayar mereka. Tiada perubahan besar dilakukan telco merah itu sebaliknya ada perubahan harga untuk Hotlink Prepaid Unlimited dan juga pengenalan pas baharu yang lebih murah.

Prabayar Hotlink yang naik harga

Sebelum ini, Hotlink Prepaid Unlimited 50 adalah pelan paling mahal dalam penawaran mereka untuk capaian Internet tanpa had. Perubahan ini menyaksikan harganya naik daripada RM50 kepada RM55.

Sungguhpun kuota FUP tanpa had kekal pada 200GB, Holtink telah membuang had laju 24Mbps yang bermakna pelanggan boleh nikmati capaian berkelajuan penuh.

Hotlink Prepaid Internet 2024
Penawaran sebelum 13 Mac 2025
Hotlink Prepaid Internet 2025
Penawaran selepas 13 Mac 2025

Prabayar Hotlink yang baru & lebih murah

Mungkin untuk mengisi kekosongan sebab pelan unlimited termurah Hotlnik berharga RM40, mereka perkenalkan pelan Unlimited 25. Pelan itu duduk sebaris dengan pelan Pantas 25. Bezanya adalah, Unlimited 25 ada kuota 200GB (12Mbps) dan nikmati capaian 5G berkelajuan penuh antara 8 malam hingga lapan pagi.

Penawaran terkini prabayar Hotlink

Dengan kemas kini terbaharu, pelan Internet Hotlink yang ada tempoh sah 30 hari kini ada 7 semuanya. Untuk kategori tanpa had, kita ada:

  • Hotlink Prepaid Unlimited 25
  • Hotlink Prepaid Unlimited 40
  • Hotlink Prepaid Unlimited 55

Dalam kategori data berkelajuan tinggi kita ada:

  • Hotlink Prepaid Pantas 25
  • Hotlink Prepaid Pantas 35
  • Hotlink Prepaid Pantas 45
  • Hotlink Prepaid Pantas 60

Anda boleh lihat penawaran telco lain dalam artikel himpunan pelan Internet prabayar ini.

TAGS:hotlinktelco

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

28 Januari 2026

CelcomDigi lancar pelan 5G Power & Hyper, harga serendah RM30

CelcomDigi telah mengemas kini penawaran prabayar mereka untuk tahun 2026. Penawaran kali ini menarik sebab semuanya boleh dilanggan…

Read More
28 Oktober 2025

CelcomDigi lancar Spark, telco digital eSIM sepenuhnya

CelcomDigi mereka lancarkan telco digital baru, namanya Spark. Ia boleh dilihat sebagai spiritual successor kepada Yoodo yang dihentikan…

Read More
28 Oktober 2025

Senarai pelan Internet prabayar Malaysia 2026: Lengkap & mudah banding ikut bajet

Selamat datang ke artikel senarai pelan Internet prabayar Malaysia 2026. Dalam bingkisan ini, anda boleh kenal pasti perubahan…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.