BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Haji 2025: Waspada pakej Mujamalah tak sah, elak kena scam

Hanif Azrai
Hanif Azrai
15 April 20252 min read
Haji 2025: Waspada pakej Mujamalah tak sah, elak kena scam

Bulan Haji akan tiba tak lama lagi. Buat pengetahuan anda, kumpulan pertama Haji 2025 akan berlepas pada 29 April 2025. Maka kini banyaklah pakej-pakej Haji yang meragukan membanjiri platform media sosial daripada pihak-pihak yang ingin menangguk di air keruh menggunakan istilah visa Mujamalah.

Kenapa orang tertarik dengan visa Mujamalah?

Visa Mujamalah membolehkan jemaah menunaikan haji tanpa melalui giliran Tabung Haji. Visa jenis ini dikeluarkan terus kepada penerima oleh kerajaan Arab Saudi, biasanya diberikan kepada VIP ataupun orang-orang kenamaan. Buat yang kelabu mata, antara tawaran yang dihidangkan di depan mereka adalah sepert:

  • jaminan wang dikembalikan sekiranya permohonan visa Mujamalah gagal
  • promosi tempahan awal sehingga RM7,000
  • skim pembayaran fleksibel seperti deposit RM10,000 ataupun daftar dulu bayar kemudian

Pakej haji bukannya murah, dilihat iklan scam itu menawarkan kepluang haji untuk bayaran RM50,000 sehingga RM100,000. Kos itu termasuk penerbangan, makan, dan penginapan di Mekah dan Madinah.

Haji 2025: Ini senarai 37 PJH yang ada lesen tawar pakej haji

Masalah dengan visa Mujamalah

Walaupun visa Mujamalah ini wujud, namun pihak yang dibenar untuk uruskan jemaah ini perlulah ada lesen menurut Akta Tabung Haji 1995 (Seksyen 27). Pihak pengurusan itu digelar sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan senarainya boleh dirujuk dalam artikel kami yang terdahulu.

Presiden Bumitra, Dr. Wan Muhammad Adam Wan Norudin memberi amaran kepada jemaah yang kelabu mata ingin menunaikan haji melalui cara ini supaya berhati-hati kerana jutaan ringgit telah ditipu sebelum ini dan sekiranya tak cakna, perkara yang sama akan berulang. Tambahnya lagi, RM50,000 untuk pakej haji Mujamalah atau Furada adalah terlalu murah, takut indah khabar daripada rupa.

Sumber: NST

TAGS:Haji

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.