BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Haji 2025: Malaysia negara pertama agih kad Nusuk sebelum berlepas ke Arab Saudi

Hanif Azrai
Hanif Azrai
23 April 20253 min read
Haji 2025: Malaysia negara pertama agih kad Nusuk sebelum berlepas ke Arab Saudi

Malaysia adalah negara pertama dunia yang dibenar Arab Saudi untuk edarkan Kad Nusuk di negara sendiri. Biasanya kad ini hanya diberikan kepada jemaah Haji setibanya mereka ke tanah suci. Pengumuman itu dibuat oleh Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.

Menurut Menteri, ia bukan sahaja membantu mengurangkan scam malahan menjadi tanda keyakinan kerajaan Arab Saudi terhadap pengurusan haji Malaysia.

Kad Nusuk diedar di Movenpick Hotel & Convenction Centre

Kad Nusuk akan diedarkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di Movenpick Hotel & Convention Centre sebelum jemaah berangkat ke tanah suci. TH bekerjasama dengan Masyariq Masiah, rakan niaga mereka di Arab Saudi yang telahpun menguruskan jemaah haji Malaysia sejak 30 tahun dulu.

Sekiranya inisiatif ini berjaya, ia tentu sekali akan jadi panduan kepada negara-negara muslim lain.

Apa itu kad Nusuk dan kenapa ia penting

Kad Nusuk boleh dilihat sebagai dokumen pengenalan (ID) jemaah haji. Ia mengandungi maklumat penting secara fizikal yang tercetak dalamnya dan juga secara digital seperti yang terkandung di dalam cip elektronik padanya. Ia adalah sebahagian usaha kerajaan Arab Saudi untuk mendigitalkan proses mengerjakan haji dan umrah.

Ciri penting kad Nusuk

  • Kaedah pengenalan pintar – Dalam kad Nusuk terkandung maklumat peribadi jemaah, rekod kesihatan, dan maklumat pengelolah haji. Ia bantu pihak berkuasa untuk mengesan sebarang percubaan mengerjakan haji secara haram.
  • Maklumat fizikal dan digital – Kad Nusuk ada dalam dua bentuk iaitu kad fizikal dan juga kad digital dalam aplikasi Nusuk. Kod QR juga ada untuk pengesahan pantas.
  • Elak jemaah hilang – Kad Nusuk mengandungi info perhubungan kecemasan dan tempat tinggal jemaah untuk bantu urus setia haji menghantar jemaah sesat ke kediaman masing-masing.
  • Ada fungsi e-wallet – Aplikasi Nusuk ada fungsi kad digital yang boleh diguna untuk lakuakn transaksi pembelian apabla berada di tanah suci.

Maklumat menarik Haji 2025

Sebanyak 31,600 kuota Haji telah diperuntukkan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia untuk musim 2025. Setakat ini, 45% daripada kuota itu telah dikeluarkan visanya. Bagi melicinkan perjalanan Haji jemaah dari Malaysia, seramai 632 kakitangan telah dikerahkan. Kakitangan tersebut akan mengendalikan hal-hal kesihatan dan kebajikan bakal-bakal haji.

Sumber: Tabung Haji

TAGS:HajiIbadat

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.