BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Genting Highlands umum bayaran tol dek kos penyelenggaraan tinggi

Hanif Azrai
Hanif Azrai
13 November 20253 min read
Genting Highlands umum bayaran tol dek kos penyelenggaraan tinggi

Kaki layan jalan Genting Highlands mungkin perlu keluarkan sedikit kos untuk nikmati laluan itu tak lama lagi. Genting Malaysia Berhad dah umumkan yang mereka akan kenakan bayaran untuk kenderaan yang melalui Jalan Genting Highlands. Walau bagaimanapun, tarikh implementasi masih belum diumumkan mungkin sebab gerbang tol masih dalam pembinaan.

Pihak pemilik Genting Highlands memaklumkan yang bahawa mereka memerlukan dana untuk menyelenggara jalan persendirian sepanjang 24 kilometer itu yang telah mereka selenggara sejak 1960-an. Jalan tersebut dikatakan dibina di lereng-lereng bukit dan memerlukan pemantauan yang berterusan terhadap sebarang risiko tanah runtuh daripada membahayakan pengunannya.

Dilaporkan lebih 7 juta kenderaan melawat Resorts World Genting sepanjang tahun dan itu tidak mengira pelawat lokasi tarikan dan hotel lain yang dikendalikan operator pihak ketiga. Dianggarkan 70% trafik yang menggunakan Jalan Genting Highlands adalah untuk pihak Genting Malaysia Berhad namun bilangan itu sudah menurun kerana makin banyak pembangunan pihak ketiga yang turut membawa masuk trafik ke laluan yang sama.

Oleh sebab itu, kos penyelenggaraan katanya meningkat saban tahun. Antara tahun 2017 hingga 2023, pihak Genting Malaysia memaklumkan telah membelanjakan lebih RM160 juta untuk menyelia jalan itu pada sudut membaiki, memasang lampu, telefon kecemasan, CCTV, dan menggaji kakitangan sokongan yang bersedia 24 jam setiap hari.

Dalam siaran media, Genting Malaysia menekankan yang jalan tersebut adalah milik persendirian. Lingkaran Cekap Sdn. Mhd. adalah entiti yang dilantik Genting Malaysia untuk menguruskan jalan tersebut.

Berita tentang tol di Genting Highlands bukanlah baru. Dalam bulan Oktober 2023, kecoh seketika pihak Majlis Daerah Benting mengeluarkan notis arahan henti kerja kepada projek pembinaan plaza tol berhampiran Goh Tong Jaya kerana tidak mendapat kelulusan dairpada pihak majlis. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya juga dikatakan tidak mempunyai bidang kuasa ke atas plaza tol itu kerana ia dibina di atas tanah persendirian.

Sumber: Genting Malaysia Berhad

TAGS:beritadalam negara

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.