Gelombang AI yang ganas melanda kita. Bermula dengan chatbot seperti ChatGPT, Google Gemini, dan yang seangkatan dengannya, AI kini diguna secara lebih meluas untuk meningkatkan produktiviti dalam pelbagai lapangan. Namun, sistem AI kini menjadi ancaman serangan siber dan di situlah solusi daripada A10 Networks akan lindungi sistem AI daripada anasir tak baik, terutamanya kepada organisasi besar.
Di persidangan tech, Interop Tokyo, yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Jun 2025 ini, A10 Network akan pamerkan solusi mereka yang terbaharu. Antara solusi yang mereka dibangunkan adalah seperti firewall untuk AI dan juga perkakasan keselamatan AI berasaskan GPU.
Semakin banyak organisasi yang memanfaatkan AI bermakna meningkatnya juga kemungkinan terjadinya bottleneck dan risiko serangan siber. Jadi, objektif solusi daripada A10 Networks adalah untuk memastikan infrastruktur AI beroperasi pada kelajuan maksimum dan juga selamat untuk digunakan, tak kiralah sama ada persekitaran AI itu berada di awan ataupun premis.
Anda boleh layari laman rasmi A10 Networks untuk maklumat lanjut.
