BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

eSIM CelcomDigi boleh didapatkan secara dalam talian

Hanif Azrai
Hanif Azrai
2 Ogos 20252 min read
eSIM CelcomDigi boleh didapatkan secara dalam talian

CelcomDigi kini tawarkan servis dapatkan eSIM secara dalam talian. eSIM Online Store bolehkan pelanggan baharu dan sedia ada beroleh eSIM tanpa perlu pergi ke kedai fizikal. eSIM CelcomDigi adalah teknologi baharu telefon pintar yang menggantikan kad SIM fizikal. Peranti seperti iPhone menyokong dua fungsi SIM tapi hanya satu slot fizikal disediakan sementara untuk kad SIM satu lagi adalah secara maya.

eSIM CelcomDigi boleh didapatkan secara dalam talian
Screenshot

Siapa yang boleh guna eSIM CelcomDigi Online Store?

Buat masa ini, portal eSIM Online Stora hanya ditawarkan untuk pelanggan warganegara Malaysia. Pelanggan yang layak adalah seperti:

  • Pelanggan Pascabayar CelcomDigi baharu (talian utama ataupun tambahan)
  • Port masuk daripada telco lain ke CelcomDigi
  • Pelanggan CelcomDigi (pascabayar atau prabayar) sedia ada yang tukar daripada SIM fizikal ke eSIM
  • Penukaran kad SIM yang hilang ataupun dapatkan kad eSIM baharu
eSIM CelcomDigi boleh didapatkan secara dalam talian

Harga eSIM CelcomDigi

Buat masa ini, penukaran eSIM melalui portal dalam talian adalah percuma. Walau bagaimanapun, penukaran daripada eSIM ke kad SIM fizikal dikenakan.

eSIM CelcomDigi boleh didapatkan secara dalam talian

Bila anda beli secara dalam talian, anda akan dapat kod QR untuk eSIM dalam masa 20 minit. Anda cuma perlu imbas kod QR itu dan ikut arahan di atas skrin. Pastikan telefon tersebut bersambung dengan Wi-Fi sepanjang proses pendaftaran.

Kalau anda tak dapat kod QR dalam masa 20 minit, anda boleh hubungi khidmat pelanggan CelcomDigi di +6016-333 1111 guna WhatsApp ataupun telefon terus.

Layari laman rasmi eSIM CelcomDigi untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.