BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Dividen Tabung Haji 2024: Tertinggi Dalam 7 Tahun

Hanif Azrai
Hanif Azrai
21 Mac 20252 min read
Dividen Tabung Haji 2024: Tertinggi Dalam 7 Tahun

Lembaga Tabung Haji (TH) pada 21 March 2025 mengumumkan dividen sebanyak 3.25% untuk tahun kewangan 2024. Angka tersebut adalah yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun lalu. Pihak TH akan mengagihkan sejumlah RM2.92 billion kepada pendeposit, berbanding RM2.72 billion tahun 2023.

Pengagihan itu selepas ditolak zakat yang berjumlah 2.5775% ataupun RM99.35 juta.

9.5 juta pendeposit Tabung Haji menerima manfaat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, menyatakan yang pengagihan keuntungan tahun ini akan melibatkan lebih 9.5 juta pendeposit TH.

Menurut TH, untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024, TH mencatatkan perolehan sebanyak RM4.56 billion ataupun 6.29% peningkatan berbanding 2023. Aset dibawah pengurusan TH kini mencapati RM95.06 billion, tokok 3.77% berbanding tahun sudah. Dana pendeposit juga naik kepada RM91.75% berbanding RM89.01% tahun lepas.

Pembayaran dividen barmula 23 Mac 2024

Pendeposit TH boleh memeriksa akaun masing-masing bermula 23 Mac 2024 (Ahad) melalui saluran berikut:

  • THiJARI (website, Android, iOS)
  • Cawangan TH
  • Kaunter Bank Islam & Bank Rakyat
  • Perbankan dalam talian (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic, dan AmBank Islamic)

Sumber: Tabung Haji

TAGS:Tabung Haji

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.