Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi menerusi Kementerian Kerja Raya Malaysia telah mengumumkan inisiatif diskaun tol bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2026. Program Bantuan Tol Kerajaan Madani Ringankan Kos Perjalanan Musim Perayaan itu memberikan diskaun 50% kepada majoriti kenderaan yang akan melalui lebuh raya utama untuk pulang ke kampung.

Maklumat lanjut diskaun tol Hari Raya Aidilfitri 2026
Diskaun tol Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan bermula 18 Mac 2026 (Rabu) pada tengah malam hingga lewat Khamis 19 Mac 2026. Pengguna lebuh raya yang melalui plaza tol dalam tempoh berkuatkuasa diskaun akan terima potongan 50% ke atas bayaran tol mereka. Seperti biasa, ada syarat-syarat tertentu dikenakan.
Diskaun tol 50% Hari Raya Aidilfitri 2026 adlaah untuk semua kenderaan persendirian Kelas 1. Kenderaan Kelas 2 juga akan nikmati diskaun yang sama sekiranya melalui Jambatan Pulau Pinang. Plaza tol yang berkecuali daripada pemberian diskaun adalah lokasi biasa iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Kerajaan katanya akan membayar pampasan sebanyak RM21.03 juga kepada pemegang konsesi tol bagi merealisasikan diskaun 50% ini.
Sumber: Kementerian Kerja Raya Malaysia
No comments yet
