BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Taipei Jadi Pusat AI Dunia di COMPUTEX 2026 Jun Ini

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Author

10 Mac 20263 min read
Taipei Jadi Pusat AI Dunia di COMPUTEX 2026 Jun Ini

Ekspo teknologi yang selak sekelumit masa hadapan, itulah COMPUTEX. Edisi 2026 akan berlangsung antara 2 hingga 5 Jun dan lokasi tetapinya adalah di Taipei, merentasi empat lokasi utama iaitu TaiNEX 1 & 2, Dewan TWTC 1, dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Taipei (TICC).

Di ekspo tersebut, pempamer berpusu-pusu memperagakan laptop, gajet pintar, robot, IoT, AI, dan banyak lagi, dan anda boleh unjurkan hala tuju teknologi akan datang. Walau anda tak hadiri COMPUTEX secara fizikal pun, barang-barang yang dipamerkan di sini majoritinya akan masuki pasaran dan dijual dalam pasaran Malaysia pada masa depan.

CCOMPUTEX tahun ini menyatukan 1,500 pameran dari seluruh dunia yang mengisi lebih 6,000 reruai. Ada macam-macam produk boleh ditemukan dalam ekso ini, daripada produk semikonduktir hinggalah ke prasarana pengkomputeran canggih yang mengaplikasikan AI.

COMPUTEX mewujudkan satu ekosistem teknologi bersepadu menegak yang merangkumi R&D, pembuatan, dan penggunaan.

AI Together: Memetakan Rantaian Nilai AI Global

COMPUTEX 2026 menggunakan tema “AI Together” dan ia mengangkat tiga teras utama: Pengkomputeran AI, Robotik & Mobiliti, serta Teknologi Generasi Baharu.

Pameran ini adalah platform yang jadi pencetus pengkomersialan dan penskalaran merentasi rantaian nilai bermula daripada reka bentuk cip dan pengkomputeran berprestasi tinggi sehinggalah kepada infrastruktur pintar dan aplikasi industri.

Jenama antarabangsa terkemuka termasuk ASUS, Acer, MSI, GIGABYTE, BenQ, dan ASRock sudah mengesahkan kehadiran dan mereka akan pamerkan produk-produk sistem AI bersepadu dan platform pengkomputeran terkini.

Selari dengan itu, tunjang kepada industri semikonduktor global seperti Foxconn, Compal, Pegatron, dan Wiwynn akan berkongsikan perkembangan terbaharu landskap semikonduktor peringkat dunia.

Memperlengkap senarai kehadiran COMPUTEX adalah syarikat-syarikat teknologi terkemuka seperti MediaTek, Intel, Vertiv Taiwan, dan Delta, masing-masing akan persembahkan penyelesaian hujung ke hujung mereka.

Robotik dan Aplikasi Pintar Diketengahkan

Menyahut permintaan global yang semakin meningkat terhadap automasi dan sistem pintar, COMPUTEX 2026 membuka satu zon baharu di Dewan TWTC 1 yang akan menjadi lokasi Zon Robotik dan Zon TechXperience. Peserta seperti Intel, YUAN, Texas Instruments, Solomon, dan E Ink akan pamerkan kemajuan dalam robotik AI, penglihatan mesin, sistem terbenam, dan aplikasi pintar.

Zon-zon ini memperlihatkan bagaimana robotik sedang berkembang pesat melampaui sektor pembuatan ke dalam bidang penjagaan kesihatan, logistik, runcit, dan persekitaran harian.

Seiring dengan itu, InnoVEX akan terus menghimpunkan syarikat permulaan global, firma modal teroka, pemecut, dan pavilion negara. D

iiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pintu masuk kepada pasaran inovasi Asia, InnoVEX memupuk kerjasama rentas sempadan dan pengkomersialan teknologi baru muncul.

Keynote & Forum COMPUTEX Diperluaskan dan Aktiviti di Tapak Diperbanyak

Keynote dan Forum COMPUTEX yang sangat dinantikan akan kembali dengan skala yang lebih besar, menghubungkan pemimpin teknologi di sepanjang rantaian bekalan AI.

Anda akan dengar perkongsian daripada pengusaha semikonduktor sehinggalah kepada pembangun aplikasi. Perbincangan akan menumpukan kepada skalabiliti AI, kesediaan infrastruktur, cabaran kelestarian, dan hala tuju pasaran jangka panjang.

Penganjur bersama, TAITRA, turut mengadakan acara khas dan menyediakan lokasi mesyuarat yang boleh digunakan tetamu-tetamu yang haidr untuk berbincang perniagaan. Antara yang boleh dijalankan adalah seperti mesyuarat perolehan, lawatan berpandu, inisiatif kelestarian ESG Go, serta pertandingan pitching syarikat permulaan.

Media global dan pempengaruh teknologi dijemput ke Taiwan bagi memperkukuh penglibatan global dan dialog industri.

Pendaftaran untuk berkunjung ke COMPUTEX 2026 kini dibuka, daftar sekarang.

Tags
#computex

No comments yet

Leave a Reply

Continue reading

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…
Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…
Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…
Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.