BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

CelcomDigi UV & NX: Cara Licik Telco Kaut Untung?

Hanif Azrai
Hanif Azrai
4 Jun 20253 min read
CelcomDigi UV & NX: Cara Licik Telco Kaut Untung?

CelcomDigi mengumumkan 4 pelan Internet “bulanan” baharu masing-masing untuk Prabayar 5G Kuning dan Prabayar 5G Biru di bawah kempen Semangat No.1. Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, telco itu turut memperkenalkan duta kempen iaitu penyanyi Marsha Milan dan personaliti radio Issey Fazlisham.

@nepazrai

CelcomDigi lancar pelan UV & NX dengan data laju dan auto-renew. Tapi maklumat tersembunyi yang perlu anda singkap? Ketahui rahsianya sekarang.#celcomdigi #telco

♬ original sound – nepazrai – nepazrai

Spesifikasi CelcomDigi 5G NX & CelcomDigi 5G UV

4 pelan baharu yang CelcomDigi lancarkan adalah:

  • 5G NX 25 (RM25)
  • 5G UV 30 (RM30)
  • 5G NX 35 (RM35)
  • 5G UV 40 (RM40)

Kesemua pelan baharu ini boleh dilanggan oleh kedua-dua pelanggan pek biru dan pek kuning melalui aplikasi MyDigi dan Celcom Life.

Untuk pelan NX, mereka beroleh kuota Internet berkelajuan tinggi (100Mbps) sebanyak sehingga 100GB. Pelan UV pula berikan capaian Internet tanpa had (FUP 200GB) dengan kelajuan sehingga 24Mbps.

Cara licik CelcomDigi kaut untung?

Penawaran pelan bulanan CelcomDigi 5G NX dan UV nampak seperti biasa. Walau bagaimanapun, perhatian perlu diberikan kepada tempoh sah untuk pelan UV. CelcomDigi 5G UV 30 dan UV 40 masing-masing ada tempoh sah 28 hari. Ia bermakna, pembaharuan automatik dilakukan setiap 28 hari.

Daripada segi penggunaan, tiada kekurangan boleh dirasai kerana pembaharuan dilakukan secara automatik. Jadi anda takkan terputus perkhidmatan asalkan kredit anda mencukupi sewaktu hari pembaharuan. Namun, perlu anda ketahui yang tempoh sah 28 hari bermakna anda perlu perbaharui langganan sebanyak 13 kali setahun berbanding 12 kali untuk pelan dengan tempoh sah 30 hari.

Berbanding pelan dengan tempoh sah 30 hari, pelanggan pelan UV berbelanja sekurang-kurangnya lebih RM30 untuk setahun. Di pihak CelcomDigi, ini adalah berita baik kerana purata perolehan setiap pengguna (ARPU) meningkat.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Hal ini kerana, perolehan CelcomDigi dalam segmen prabayar tidaklah memberangsangkan jika dirujuk pada laporan prestasi sukuan mereka baru-baru ini. Antara angka yang dilaporkan adalah seperti:

  • Pelanggan prabayar meningkat sebanyak lebih 113 ribu berbanding suku sebelumnya.
  • Jumlah pelanggan prabayar kini 12.98 juta
  • Perolehan daripada pelanggan prabayar RM1.06 billion
  • Perolehan turun 2.9% berbanding suku sebelumnya
  • Perolehan turun 5.7% berbanding tahun sebelumnya

Setakat artikel ini ditulis, ini mungkin satu-satunya pelan “bulanan” yang ada tempoh sah 28 hari.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

  • CelcomDigi Prepaid 5G NX
  • CelcomDigi Prepaid 5G UV
  • Terma & Syarat
TAGS:telco

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.