BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Cara Kira Dividen Tabung Haji – Mudah & Jelas

Hanif Azrai
Hanif Azrai
10 Mac 20253 min read
Cara Kira Dividen Tabung Haji – Mudah & Jelas

Dividen tabung haji 2024 diunjurkan pada sekitar 3.1% hingga 3.5%, menurut pakar. Bagaimana nak kira dividen tabung haji? Sementara menunggu tarikh pengumumannya, mari kita tengok cara pengiraannya. Sebelum itu, untuk perspektif anda, berikut adalah tarikh pengumuman dividen Tabung Haji 3 tahun sebelum ini:

  • Dividen 2023 – 02 April 2024
  • Dividen 2022 – 28 April 2023
  • Dividen 2021 – 23 Februari 2022
@nepazrai

Sedang tunggu pengumuman dividen #tabunghaji ke tu? #fyp

♬ original sound – nepazrai – nepazrai

Cara kira dividen Tabung Haji 2024

Tiga tahun agihan keuntungan sebelum ini mengguna pakai Baki Simpanan Terendah Bulanan. Sekiranya formula yaang sama ungihan keuntungan 2024, berikut adalah formula pengiraan terperinci bagi Agihan Tahun 2024:

Daripada formula itu, mari bawanya ke contoh pengiraan. Jadi di bawah adalah contoh aktiviti aakaun Tabung Haji yang dijana secara rawak seorang pendeposit.

Baki Dibawa Daripada Bulan Sebelumnya: Merujuk pada jumlah wang yang ada dalam akaun di hari pertama setiap bulan. Coontohnya, untuk Januari 2023, ia adalah baki wang yang bawa daripada Disember 2022.

Jumlah Nilai Transaksi Masuk/Keluar: Merujuk pada hasil tambah masuk ataupun keluar daripada akaun. Jumlah nilai transaksi yang negatif bermakna, pendeposit lakukan pengeluaran lebih banyak daripada deposit masuk.

Baki Terendah Bulanan: Merujuk pada baki paling minimum akaun pada bulan itu selepas diambil kira Jumlah Nilai Transaksi Masuk/Keluar. Maknanya, sekiranya ada pengeluaran berlaku pada bulan itu, baki terendah bulanan akan jadi lebih rendah dan sekiranya ada deposit masuk, baki terendah akan ikut baki awal bulan.

Cara kira dividen Tabung Haji
Cara kira dividen Tabung Haji

Setelah kesemua maklumat Baki Terendah Bulanan untuk Januari dan Disember sudah ada, Purata Baki Terendah boleh dikira dan seterusnya berapakah dividen yang akan diterima. Dengan beranggapan kadar pulangan 3.10%, pemilik akaun akan terima RM438.90 sebagai dividen.

Untuk lebih mudah ikut perkembangan semasa akaun TH anda, aplikasi telefon pintar disediakan. Padanya anda boleh rujuk transaksi bulanan serta berapakah dividen yang anda dapat apabila tiba waktunya.

  • Muat turun aplikasi THijari di Android
  • Muat turun aplikasi THijari di iOS
TAGS:kewanganTabung Haji

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.