BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

Amap undang persoalan kedaulatan Malaysia melalui peta

Hanif Azrai
Hanif Azrai
26 Januari 20262 min read
Amap undang persoalan kedaulatan Malaysia melalui peta

Amap, aplikasi navigasi yang semakin popular dalam kalangan pengguna Malaysia. Ramai yang memuji akan antaramukanya yang kemas dan ciri mesra pengguna. Walau bagaimanapun, disebalik semua itu, ada juga yang menyatakan kebimbangan terhadap aplikasi daripada China ini kerana ia mengguna pakai garisan sempadan daripada kaca mata negara tembok besar itu. Banyak negara yang terkesan termasuklah Malaysia.

Sempadan China yang dituntut

Berdasarkan piawaiaan pemetaan terkini negara China, wilayah yang termasuk adalah:

  • Laut China Selatan: Sebahagian besar daripada lautan termasuklah Paracel dan kepulauan Spratly.
  • Ten-Dash Line: Menggantikan Nine-Dash Line, peta kini memasukkan Taiwan dan kawasan sekitar dalam wilayah China.
  • Kepulauan Malaysia: Antara yang dituntut China seperti James Shoal (Beting Serupai), Beting Patinggi Ali, dan Beting Raja Jarum di Sabah & Sarawak. Ia dilabel Chian sebagai “Zēngmǔ Ànshā”
  • Lain-lain wilayah tuntutan seperti India (Arunachal Pradesh, utara Ladakh/Aksai Chin), Bhutan (Doklan, Jalarlung, Pasamlung), Jepun/Taiwan (pulaun Senkaku/Diaoyu), malahan Russia (Pulau Bolshoy Ussuriysky).

Kenapa pengguna Malaysia perlu ambil tahu

Peta bukanlah sekadar alat menunjuk arah, malahan ia boleh dimanipulasi untuk membentuk persepsi. Dengan memaparkan secara jelas sempadan tuntutan, menggunakan Amap bermakna kita bersetuju dengan maklumat yang dipaparkan, walaupun ia bercanggah dengan apa yang diterima di Malaysia.

Sebagai pengguna yang berada dalam sebuah negara yang berdaulat, adalah penting bagi kita untuk mengambil maklum tentang info yang ada dalam sesuatu aplikasi. Walaupun nampak seperti sesuatu aplikasi yang tak mendatangkan kemudaratan.

TAGS:berita

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.