BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

AKPS: Ketahui cara agensi baharu ini kawal sempadan Malaysia

Hanif Azrai
Hanif Azrai
2 Februari 20254 min read
AKPS: Ketahui cara agensi baharu ini kawal sempadan Malaysia

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) adalah satu organisasi baharu yang ditubuhkan untuk mengawal sempadan Malaysia. Ia dirasmikan pada 2 Februari 2025 dan menandakan inisiatif baharu kerajaan dalam pengurusan sempadan yang lebih cekap dan bersepadu. AKPS beroperasi berlandaskan Akta Agensi Kawalan dan Perlindugnan Sempadan (Akta 860) yang digazetkan pada 17 Oktober 2024.

Pendekatan bersepadu, AKPS jaga sempadan Malaysia

AKPS telah ditubuhkan selepas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang dimulakan dengan program rintis seawal tahun 2018. Objektif utama penubuhan AKPS adalah untuk menyatupadukan hal-hal kawalan sempadan di bawah satu organisasi. AKPS mengintegrasikan pegawai daripada pelbagai badan kerajaan seperti:

  • Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
  • Jabatan Kastam di Raja Malaysia (JKDM)
  • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
  • Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
  • Kementerian Kesihatan (KKM)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
Logo Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia

AKPS diletakkan pada posisi untuk memantau dan menguruskan pergerakan individu, barang, dan kenderaan. Tanggungjawab mereka termasuklah:

  • Pemeriksaan individu dan kenderaan di pintu masuk
  • Pengawalan aliran barang dan aktiviti perdagangan
  • Pemeriksaan melibatkan biokeselamatan seperti pemeriksaan tumbuhan, haiwan, dan produk agrikultur
  • Pemantauan aliran bahan terkawal seperti dadah dan kosmetik
  • Pencegahan dan penyiasatan kesalahan berkaitan sempadan.
Pegawai AKPS di KLIA dalam seragam AKPS
Sumber

Projek rintis AKPS di ICQS Rantau Panjang

Projek rintis AKPS telah dimulakan di ICQS Rantau Panjang, Kelantan pada 1 Januari 2025. Ia adalah salah satu daripada 22 pintu masuk negara lokasi AKPS akan beroperasi pada peringkat awal. Senarai lengkapnya adalah seperti berikut:

  • Dermaga Kota Kinabalu (Sepanggar)
  • Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor
  • Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor
  • Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah
  • Kompleks ICQS Rantau Panjang, Kelantan (operasi rintis pada 1 Januari 2025)
  • KLIA Terminal 1 & 2 termasuk kargo
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
  • Lapangan Terbang Sandakan, Sabah
  • Lapangan Terbang Sibu, Sarawak
  • Lapangan Terbang Tawau, Sabah
  • Pelabuhan Bintulu
  • Pelabuhan Kemaman
  • Pelabuhan Klang: North Port, West Port, South Port
  • Pelabuhan Kuantan
  • Pelabuhan Pasir Gudang, Johor
  • Pelabuhan Pulau Pinang: North Butterworth Container Terminal (NBCT)
  • Pelabuhan Senari
  • Pelabuhan Tg. Pelepas, Johor
  • Stesen Keretapi Johor Bahru (JB Sentral)

Menjelang 1 Januari 2026, AKPS disasarkan untuk beroperasi di semua 144 pintu masuk rasmi Malaysia sama ada pintu masuk darat, udara, dan laut.

Senarai pintu masuk Malaysia yang ada AKPS setakat 2 Februari 2025
Sumber

Kepimpinan tertinggi AKPS

AKPS diterajui oleh seorang ketua pengarah dan dibantu oleh 3 orang timbalan ketua pengarah.

Carta organisasi AKPS
  • Ketua Pengarah: YDH. Dato’ Sri Hazani bin Ghazali
  • Timbalan Ketua Pengarah (Dasar): YBhg. Dato’ Sazali bin Mohamad
  • Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan): YBhg. Dato’ Aminudin bin Yahaya
  • Timbalan Ketua Pengarah (Operasi): YBrs. Tuan Mohd Jasmi bin Mohd Juwahir

Berikut adalah carta organisasi penuh AKPS.

Carta organisasi AKPS
Sumber

Impak AKPS dalam negeri dan serantau

Tugas AKPS tidak hanya terhad kepada keselamatan domestik, sebaliknya melambangkan pendirian Malaysia di peringkat antarabangsa juga. Malaysia akan mempengerusikan pertubuhan ASEAN untuk tahun 2025 dan dalam tahun 2026 nanti adalah Tahun Melawat Malaysia. Maka, AKPS perlu memastikan sempadan negara selamat. Selain keselamatan, tiga objektif yang ingin dicapai adalah:

  • melancarkan urusan lintasan sempadan
  • memupuk kerjasama dalam kalangan ahli ASEAN
  • menjana pertumbuhan perdagangan dan pelancongan

Seramai 12,000 kakitangan dijangka memperkukuh AKPS apabila beroperasi sepenuhnya kelak. Setakat hari ini, sejak ditubuhkan, AKPS sudahpun ditunjangi 6,000 kakitangan daripada pelbagai agensi sedia ada. Buat maklumat anda, AKPS tidak mewujudkan perjawatan baharu sebaliknya menggunakan model penyerapan kakitangan membabitkan beberapa agensi berkaitan.

Sumber: AKPS, Berita Harian

TAGS:Jalan

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.