BukuNotaBukuNota
HomeKalendar Cuti 2026YoutubeJom Kolaborasi
Berita

A10 Network ambil alih Threat X Protect, perkukuh solusi keselamatan

Hanif Azrai
Hanif Azrai
5 Mac 20252 min read
A10 Network ambil alih Threat X Protect, perkukuh solusi keselamatan

A10 Network, syarikat daripada Amerika Syarikat yang mengkhususan pada penghasilkan perkakasan application delivery controllers, mengumumkan telah mengambil alih ThreatX Protect, sebuah firma keselamatan siber pakar dalam bidang Web Application and API Protection (WAAP). Ia dilihat sebagai langkah memantapkan portfolio keselamatan A10 Network.

Kepentingan pengambilalihan ini

Web application and API adalah satu komponen penting untuk perusahaan namun ia gembar menjadi sasaran penggodam. Maka dengan sebab itu, teknologi pemprofilan untuk mengenal pasti risiko milik ThreatX boleh mengurangkan risiko serangan.

Antara ciri menarik solusi yang ditawarkan ThreatX adalah:

  • Sistem keselamatan berasaskan AI – risiko dianalisis secara masa nyata untuk tepis serangan yang guna pakai kaedah kompleks
  • Solusi WAAP komprehensif – termasuklah kawal selia bot, perlindungan API, dan aplikasi firewall generasi baru (WAF)
  • Pemasangan secara hibrid – berfungsi di awan, di premis, ataupun secara co-location.

Presiden dan CEO, A10 Network, Dhrupad Trivedi, memaklumkan bahawa pengambilalihan ini mempertingkat keselamatan siber pelanggan-pelanggan sedia ada dan mampu menarik prospek baharu juga.

Buat klien A10 Network, anda boleh jangkakan perlindungan daripada serangan siber yang lebih ampuh, hujung-ke-hujung selari dengan peningkatan risiko serangan siber yang lebih canggih.

Sumber: A10 Network

TAGS:keselamatan

Leave a Reply

CONTINUE READING

Related Articles

9 Mei 2026

Tips hadiah hari ibu 2026 daripada Kingston

10 Mei adalah Hari Ibu. Kalau rasa tak pasti nak hadiahkan apa untuk ibu anda tahun ini, Kingston…

Read More
9 Mei 2026

Pas konsesi Bas.my diperluas ke Tingkatan 6 dan pelatih kerajaan

Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik…

Read More
7 Mei 2026

RTM penyiar rasmi FIFA 2026, Unifi TV siar semua 104 perlawanan

RTM akan jadi watak utama dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Mereka telah sah menangi penyiar rasmi World…

Read More
BukuNotaBukuNota
Connect with us

© 2026 BukuNota. Semua hak cipta terpelihara.